Mudah dikenali tetapi susah untuk didekati

Foto saya
Hai, saya ialah seorang penuntut universiti selangor, Shah Alam... Saya mengambil jurusan diploma perakaunan...

Selasa, 1 Disember 2020

Si Comel Putih


Putih


Ahad, 21 Julai 2019

DALAM DIAM CINTA BERPUTIK 6

Di rumah Hani.

"Ermm, banyaknya assignment nak kena siapkan ni. Kena ajak mamat Adryan tu nampaknya." Bebel Hani sorang-sorang dalam biliknya sambil makan snack.

Selepas beberapa minit berfikir. Hani pun menelefon Ryan.

"Hello Ryan, kau dekat mana?" Tanya Hani

"Hello Hani, aku dekat rumah ni, tengah bermesra dengan assignment aku. Kenapa ?" Soal Ryan

"Jom buat assignment dekat cafe. Beku la otak aku buat kat rumah ni." Ajak Hani

"Ermmmmm, boleh juga tu. Alang-alang kau nak belanja aku ni kan, siaplah dulu" Balas Ryan

"Ehhh, kenapa pula aku yang kena belanja? Kau lah kena belanja aku, dah lah buat salah dekat aku hari tu." Geram Hani membalasnya

"Ala, ye lah. Aku juga yang salah, kau pergi la siap dulu, kejap lagi aku sampai." Kata Ryan

"Hah, bagus-bagus. Macam ni la kawan aku yang terbaik gitu." Balas Hani dengan gembira

"Ye lah, time ni baru nak ngaku kan." Balas Ryan dengan tak rela hatinya

"Okay, bye" Balas Hani dan tamatkan panggilan dengan rare nye

Sementara di rumah Ryan.

"Ehhh, budak ni tutup panggilan macam tu je. Aish, kawan siapa lah tu. Tak kenal aku, tak kenal." Bebel Ryan sorang-sorang dengan geram dekat Hani

"Okaylah, kena bersiap ni. Nak keluar dating dengan Hani ni." Kata Ryan dengan perasannya

Di rumah Hani.

"Okay dah siap, laptop dah masukkan, file pon dah. Tinggal tunggu mangkuk ayun ni je sampai." Kata Hani sambil berjalan keluar dari bilik dan pergi ke dapur.

Bersambung....





Rabu, 27 Mac 2019

Topup Reload Umobile Hotlink Celcom


1- Tumpang lalu..... Saya bukan nak update cerita tapi saya nak bagi tahu kalau saya buat online topup.

Harga Reload:
RM5.00 ~ RM4.92
RM10.00 ~ RM9.90

#topup #boost

2- If you want topup your number, you can whatsapp to my number > 01139354798

Any telco list below:
-Maxis (RM5/10)
-Celcom (RM1/3/5/10)
-Umobile (RM1/3/5/10)
-Digi (RM5/10)
-Tunetalk (RM5/10)
-OneXOX (RM5/10)
-Altel (RM5/10)

*After transfer money to my account or use DuitNow ID Bank Islam, you can receive your topup.
*The price is same with the above.

#reloadmaxis #reloadcelcom #reloadumobile #reloadDigi
#reloadtunetalk

Selasa, 4 September 2018

DALAM DIAM CINTA BERPUTIK 5

"Mak, Hani pergi kelas dulu lah ya, Hani dah lambat nak pergi kelas ni" kata Hani dengan kelam-kabutnya sebab dia memang dah terlambat, tak pasal-pasal nanti dia kena perli dengan Encik Ikhwan tu.

"Ehh Hani, kamu ni tak pergi dengan Adryan ke hari ni, tak pernah-pernah dia tak datang tak bagi tahu dulu" kata mak Hani pelik sebab Hani mmg tak pernah pergi sendiri selalu Adryan memang dah terpacak depan rumah dia nak hantar Hani pergi kelas.

"Ala si Ryan tu busy lah, orang tak nak susah kan dia, sebab orang memang dah lambat sangat, jadi memang tak sempat lah dia nak hantarkan orang" balas Hani sambil pakai kasut dia, dia terus pergi depan pagar sebab teksi yang dia call dah sampai.

"Kamu tu hati-hati, jangan kelam-kabut sangat nanti terjatuh susah" pesan mak Hani smbil melihat Hani berlari ke pagar depan rumah dia.

"Okay lah mak, orang pergi dulu. Mak hati-hati duduk dekat rumah tu sorang-sorang" balas Hani sambil memberi pesan kepada mak dia, sebelum Hani berlari dia sempat salam mak dia.

"Ya lah Hani oii, pergi cepat" balas mak Hani sambil melihat Hani masuk ke dalam teksi dalam berlalu masuk ke dalam rumah.

Di universiti.

Hani berlari nak masuk ke dalam kelas sebab takut sangat dia terlambat... Lepastu tiba-tiba pula ada adegan dengan .....

"aduh.. aduh .. aduh.. siapa pula alahai yang tak ada mata langgar aku ni" kata Hani sambil bangun daripada terjatuh tadi.

"Ehh Hani, sorry lah saya terlanggar, sorry sangat-sangat ye" balas Riffan sebab dia yang langgar Hani .. Korang rasa sengaja ke tak

"Emm ya lah, tak apa." Kata Hani, takkan lah dia nak mengamuk dekat Riffan pulak kan

"Hani nak pergi mana kelam kabut sangat ni?" Soal Riffan, sebab dia nak sembang dengan Hani lama sikit.

"Ehhhh, dah lambat ni!!!" kata Hani sambil tengok jam dengan si Riffan yang menyibuk dekat dengan dia lagi

"Dah lambat nak pergi mana pula ni?" balas Riffan, padahal dia dah nampak dah Hani tu tengah nak cepat saja je menyibuk.

"Okay lah Riffan, dah lambat nak pergi kelas ni"Kata Hani dan berlari dengan cepat sebab takut dia kena denda dengan pensyarah

Dengan kadar yang segera, Hani berlari sampai boleh terlanggar dengan seseorang lagi. Jeng.. Jeng..Jeng...

"Ya Allah, siapa pula yang langgar aku dekat tengah-tengah alam ni, takkan tak nampak aku yang memang dah cukup besar ni. Nak kata aku ni kecik, tak ada pula yang kata macam tu, alahai!!!" Kata pensyarah Hani; Encik Ikhwan. Dengan membebel tak henti dia cuba untuk bangun.

"Alamak Sir, sorry saya tak sengaja terlanggar Sir, saya memang betul-betul tak nampak Sir ada dekat depan saya. Sorry sangat-sangat Sir." Balas Hani dengan gelabah dia, memang la gelabah pensyarah kot.

"Tak apa lah nak buat macam mana dah awak tak nampak saya, kan saya ni kecik je orang nya sebab tu lah awak tak nampak saya kan, dah jom masuk kelas takkan nak berdiri je depan pintu ni hah. Pintu ni bukan boleh bagi apa-apa pon kalau kita dekat depan ni je" Kata Encik Ikhwan dengan nada perli plus dengan membebel dia yang panjang berjela tu.

"Baik Encik Ikhwan, saya masuk kelas dulu ya, saya minta maaf sekali lagi." balas Hani sambil berlalu ke dalam kelas sambil mencari tempat kawan-kawan dia.

Encik Ikhwan berlalu masuk ke dalam kelas juga sambil menganggukkan kepala nya sebagai tanda yang dia mafkan Hani, dan dia pon bersedia untuk memulakan kelas nya.

Setelah beberapa jam berlalu, kelas Encik Ikhwan pon tamat dengan pelbagai tugasan yang diberi kepada pelajar-pelajar nya.

Hani dan kawan-kawannya pon berlalu keluar dari kelas dengan muka yang happy sebab dah tak ada kelas lepas tu tapi bila teringat balik tugasan yang berlambak memang serabut lah.

"Opocot Hani oii!!" Jerit Adryan dengan kuat di depan Hani sebab nak terkejutkan Hani lah apalagi kan.

"Ehhhh hantu jebon buruk!!!" Jerit Hani dengan kuat dan terkejut sebab tetiba kena sergah dari depan macam tu sambil pukul Adryan dengan buku yang dipegangnya.

"Aduh sakit lah Hani oii, apa ko ingat buku tu kapas ke apa hah!!" kata Adryan sambil gosok-gosok tempat yang Hani pukul dengan buku tebal macam kamus dia tu.

"Hah, padan lah muka kau, siapa suruh terkejut aku macam tu, malu lah aku orang tengok aku melatah tadi." Balas Hani sambil buku di tangan Hani amsih tak berhenti pukul Adryan sebab dia geram sangat dengan si Adryan ni.

"Ala, ye lah aku minta maaf erkk. Janji tak buat lagi." kata Adryan dengan muka yang tak seberapa ikhlas nak minta maaf dekat Hani.

"Ala kau ni, bukan boleh percaya sangat pon. Entah-entah kejap lagi pon dia kenakan kita lagi." Balas Hani dengan geram, sebab bukan dia tak kenal dengan peragai si Adyan yang suka cari pasal dengan orang.

"Ala!!! Orang cakap betul-betul ni, orang minta maaf lah, betul janji tak buat lagi. Maafkan orang ya." kata Adryan dengan muka tercebik-cebik macam budak-budak yang nak nangis sebab tak dapat gula-gula.

"Ermm, okay boleh maafkan tapi mestilah ada syaratnya. Tapikan kau ni jin ke alien ke sebab dari tadi orang-orang, macam nak kena pukul lagi je." balas Hani dengan gaya fikir nak suruh Ryan buat apa lah lepastu seronok sebab dapat usik si Ryan.  

Selasa, 9 Mei 2017

DALAM DIAM CINTA BERPUTIK 4

Di dalam kereta Adryan...


"Weyh Hani, ko still merajuk dengan aku lagi ke ni?"tanya Adryan...


Sebab sejak masuk dalam kereta, sepatah haram pon Hani tak cakap, memang sunyi sepi lah jawabnya, yang si Adryan tu dah sah-sah lah rasa bersalah..


"Weyh, janganlah diam je, bosanlah aku macam ni.. Ala Hani please janganlah merajuk je.. Aku sanggup buat apa je yang kau nak" kata Adryan dengan lembut sebab nak pujuk si Hani tu, macam pujuk mak we lah pulak


Lepas Hani dengar je Adryan sanggup buat apa je sebab nak pujuk dia, apalagi bersinar-sinarlah mata dia kan, ini lah masanya nak buli si Adryan si mamat sengal ni.. Muahahaha


"Betul ni ko sanggup nak buat apa je, janji ehhh" Hani cakap dengan ceria sangat macam budak-budak dapat coklat

"Iye la, cakap apa je yang ko nak aq buat kecuali tinggalkan ko dengan mamat yang tak betul tu erk.."balas Adryan cemburu... Eleh macam Hani tu mak we dia pula, tak malu derr...

'Hah!!! Sape pulak mamat tak betul tu, tak akan Riffan kot.. PEHH, Adryan ni dah kenape, entah sapa yang nak dengan si Riffan yang baik tapi bajet je lebih..' monolog Hani

"Ehh apa-apa entah ko ni, aku nak ko bawa aku gi shopping esok pagi, boleh?" tanya Hani

"Ala, setakat shopping aku tak ada hal punya, pukul bape ko nak pergi esok?" tanya Adryan sambil tersenyum sebab dapat lah dia luangkan masa bersama Hani kann

"Emm nantilah aku mesej ko erk..Okey lah aku chau dulu, thanks hantar aku balik.."kata Hani sambil berlalu dengan senyuman


Hani ni bukannya tak suka dekat dengan Adryan, cuma dia takut nanti dia terjatuh cinta pula kat Adryan tu, TERjatuh cinta erkkk...



Esok paginya,

Adryan datang awal ke rumah Hani, siap sarapan sama-sama lagi, aww so sweet..


"Weyh Adryan cepatlah jom, aku dah tak sabar nak shopping ni.. Bukannya enang ko nak belanja aku derr..Mak nak pesan apa-apa tak, Adryan nak belanja ni?" tanya Hani

Petah sangat berkata sampai tak perasan yang si Adryan tu tenung je si Hani daripada tadi.. Mak Hani pula dah geleng kepala dah tengok anaknya yang terlampau suka...

"Aunty kitorang pergi dulu ye, kang kalau bertolak lambat lagi, lagi banyak la budak kepoh ni membebel" kata Adryan sambil berlalu pergi keretanya

"Bye-bye mak, duduk rumah elok-elok taw,hihi" pesan Hani pada maknya, macam nak pergi jauh je.. Biasalah anak manja..

"Tahulah mak nak jaga diri mak, Hani oii" balas Mak Hani sambil geleng kepala lagi..


Dalam kereta Adryan...


"Weyh, ko dah buat list ke nak shopping apa je?" tanya Adryan tiba-tiba, saja je dia nak kacau Hani sebenarnya tuu..

"Tak payah susah-susah nak buat list bagai sebab......." saja je Hani nak buat saspen

"Sebab apa cik adik oii?" tanya Adryan sebab si Hani boleh pula buat dia tertanya-tanya, macam nak kena cubit je pipi dia yang comel tuu...


Amboi-amboii Adryan, ada hati nak cubit pipi anak dara orang ye... Taw la memang dah berkenan di hati cik Adryan oiii...


"Sebabnya, aku nak masuk semua kedai kat dalam mall tu nanti...Muahahahaha" balas Hani sambil ketawa jahat sebab best dapat buli Adryan

"Alamak, pokailah aku lepas ni... Redha je la..." dengan muka dah memang pasrah lah konon, padahal tak kisah pon sebab dia kan anak orang kaya dan ni pon baru first time dia nak belanja si Hani ni.. Ada-ada je lah si ryan tuu...

Isnin, 9 Mei 2016

DALAM DIAM CINTA BERPUTIK 3


Keesokan hari ...
Di kolej ...

"Weyh Hani , hari ni ko datang dengan Adryan lagi ke ?" tanya Fira

"Ye lah , dengan sapa lagi . Macam lah ko tak taw ." balas Hani pelik

"Tak ada lah , kitorang ni pelik je . Korang ni dah macam couple pula kitorang tengok" balas Fira

"Ermm , betul tu . Musykil kitorang taw " balas Yana pula

"Ish korang ni ,melalut je lebih . Tak nak aku dengan si Adryan tu" kata Hani

"Ehh napa pula , macam lah ko tak taw yang Adryan tu punya lah famous gila . Apa lah mendu kawan aku ni" kata Fatin

"Woi , sampainya hati panggil kawan sendiri mendu . Sob sob sob , sedihnya " balas Hani pura-pura sedih

"Eleh , ko ni poyo je lah . Menyampah pula kita" balas Fatin

"Tak apa lah , sapa lah kita ni kan . Dah lah lawa plus comel pula tu . Pula tu berjiran dengan retis famous pula tu ." kata Hani sedih tapi ayat perasannya berganda-ganda dan berlalu pergi

Terbuntang mata kawan-kawan Hani sebab bukan ayat merendah diri yang diorang dengar . Ayat perah santan ada lah . Hani , Hani ...

"Eleh gaya macam sedih sangat je , padahal perasan je lebih , apa lah " balas Yana geram

"Ala sesekali apa salahnya kan , apa lah korang ni . Tak sporting langsung lah " balas Hani selamba tanpa rasa bersalah langsung , ish ,ish ...

"Ko ni kan Hani ... " kata- kata Fira terhenti sebab ditegur oleh Adryan

"Hai Hani and korang " sapa Adryan sambil tersenyum ke arah Hani

"Ehh , dah datang pula prince charming si Hani ni kan . " kata Fatin

"Ehh tak ingin aku dengan si Adryan poyo tahap langit" balas Hani selamba sambil menjelirkan lidahnya macam budak-budak

"Weyh sampai hati ko cakap dekat aku macam tu, dah lah tak nak jemput duduk ke apa. Sob sob sedihnya kita" kata Adryan sambil buat muka sedihnya plus kesian

"Ehh dah lah, Adryan jom balik nanti lambat balik pula kan" kata Hani tetiba sebab nak lari kena usik dengan kawannya

"Cepat pulak ko nak balik hari ni. Alang-alang jom pergi dating" balas Adryan sambil mengedipkan matanya pada Hani... Kawan-kawan Hani semua tergelak sakan...

"Pergilah dating,  kitorang tak kisah pun" balas Zara pada Hani sambil tersenyum-senyum

Hani yang memang tengah segan plus bengang terus pergi ke parking...  Ditinggalkan Adryan dengan kawan-kawannya yang tak henti-henti nk gelak..

"Alamak! Tuan puteri dah merajuk lah pulak... Okeylah girls , I have to go.. Byee" kata Adryan sambil mengejar Hani yang merajuk

Sabtu, 20 Februari 2016

CERPEN : DALAM DIAM CINTA BERPUTIK 2

Selepas kuliah Hani sudah tamat semuanya hari ni ...

Hani try call Adryan banyak kali tapi tak diangkat ...

'Ish dia ni kan , tadi suruh orang call kalau orang dah balik . Sekarang ni , bila orang call langsung tak angkat ' monolog Hani geram

Dengan lafaz bismillah Hani try call Adryan untuk kali terakhir , dan panggilannya berjawab . Tetapi ...

"Hello Adryan , aku dah habis kuliah ni , hantar lah aku balik cepat " kata Hani yang tidak tahu bahawa bukan Adryan yang angkat call
"Ehh , you ni siapa ? Berani betul you suruh Adryan hantar you balik ye pompuan . Lepas ni you jangan berani nak call Adryan lagi , you tak layak lah nak call dia " balas pompuan yang angkat call tadi
"Ehh ko ni siapa pula , ni aku call nak cakap dengan Adryan bukan dengan minah sewel macam ko ni" balas Hani dengan berani
"Ish pompuan ni memang tak reti bahasa kan , dah lah . And , ingat pesan I taw . Jangan sesekali call Adryan I lagi faham" balas pompuan tersebut dan putuskan talian
'Ish pompuan sesat mana lah tadi tu , kot-kot gf Adryan . Kesian gila lah dapat gf tak betul macam tu . Dah lah , aku naik teksi je lah . Malas aku nak tunggu dia tu , buang masa je ' monolog Hani tergelak sambil matanya meliar mencari teksi

Di depan rumah Hani ...

"Ehh , Hani mana Adryan ? Kenapa naik teksi pula ni ? " tanya maknya pelik
"Entahlah mak , tadi Hani call dia . Pompuan yang angkat call , lepas tu bebel macam-macam dekat Hani . Macam mak we dia pun ada juga . So , Hani ambil je lah teksi , dah dapat balik rumah" balas Hani selamba
"Hah ! Mak we kamu kata Hani . Setahu mak , Adryan tu mana lah ada mak we " balas maknya bagai tak percaya dengan kata-kata Hani
"Ya entahlah mak , mana lah Hani taw "  balas Hani sambil berlalu hendak naik ke biliknya

Pada waktu petang , Adryan datang ke rumah Hani ...

"Assalamualaikum" kata Adryan di depan rumah Hani
"Waalaikumsalam , ehh kamu rupanya Adryan . Aunty ingatkan siapa lah yang datang tadi" balas mak Hani
"Emm aunty , Hani ada tak" tanya Adryan
"Hani ada je dekat bilik dia , kenapa kamu tanya . Nak jumpa Hani ke ni ? " tanya mak Hani
"Ha'ah " jawab Adryan
"Kejap ya Adryan , biar aunty panggilkan Hani kejap" kata mak Hani

Tuk..tuk..tuk
"Hani , ohh Hani . Bangun Hani" panggil mak Hani sambil ketuk pintu Hani
"Emm kenapa mak ? Hani ngantuk lagi ni " tanya Hani dengan muka bangun tidurnya
"Dah pergi basuh muka sana . Adryan ada dekat bawah nak jumpa dengan kamu tu . Cepat sikit , jangan biar tetamu menunggu" kata maknya
"Ish sibuk je lah dia tu , kejap lagi Hani turun " kata Hani perlahan kerana masih mengantuk lagi

Di ruang tamu rumah Hani ...

"Hah , kenapa ko cari aku ni" tanya Hani tetiba
"Ish ko ni , terkejut aku taw tak . Sekurang-kurangnya bagi lah salam ke . Ini tak main sergah je " kata Adryan sambil mengurut-gurut dadanya kerana masih lagi dalam mode terkejut
"Emm ye lah , assalamualaikum wahai tuan Adryan" kata Hani
"Hah , macam itu lah , waalaikumsalam wahai cik Hani" balas Adryan pula
" Emm , cakap lah kenapa ko nak jumpa aku ni , kacau je aku nak tidur" tanya Hani
"Hah , lupa pula aku . Tadi pagi ko balik naik apa , kenapa tak call aku , kan aku ada pesan" kata Adryan tak puas hati
"Aku naik teksi lah . Aku ada call ko , bukan sekali taw , tapi banyak kali " balas Hani selamba
"Ehh ya ke , kejap aku check phone aku " balas Adryan bagaikan tak percaya
"Check lah , ada aku kesah " balas Hani tak berperasaan
"Ehh , betul lah " kata Adryan tetiba
"Tadi , mak we ko yang angkat call " kata Hani
"Hah ! Mak we , bila pula aku ada awek ni . Aku pun tak taw aku ada awek " balas Adryan sambil tergelak
"Amboi Adryan , apa yang kelakar sangat ni . Sampai berair mata kamu tu ? " tanya mak Hani sambil menuangkan air untuk Adryan
"Ni hah , Hani kata saya ada awek aunty . Saya yang single mingle ni dikatakan ada awek" balas Adryan
"Hah , tadi Hani ada kata yang mak we kamu yang angkat call" kata mak Hani
"Mungkin Fasha kot , sebab tadi sebelum pergi toilet saya ajar Fasha sebab dia minta tolong ajakan . Saya pergi toilet pun tak bawa phone" balas Adryan
"Ohh , jadi bukan mak we kamu lah . Terkejut aunty tadi " kata mak Hani
"Okey , tapi aku tak kan call ko lagi sebab awek ko tak bagi aku call ko langsung . So mulai sekarang aku akan mesej ko je lah ya" kata-kata Hani memeranjatkan maknya dan juga Adryan
"Ko abaikan apa je yang Fasha tu kata , dia memang gilakan aku dari dulu " balas Adryan sambil memikirkan yang hidupnya akan lebih sunyi tanpa call Hani walaupun sekejap . Tapi Hani langsung tak perasan hal tersebut
"Whatever , ko tak nak balik ke . Aku nak sambung tidur ni" balas hati memang langsung tak pedulikan perasaan Adryan
"Ish , Hani ni . Tak elok lah halau tetamu " kata maknya geram dengan perangai anaknya
"Tak apa lah aunty , saya memang nak balik dah pun ni " kata Adryan menyelamatkan Hani
"Emm , hati-hati memandu" pesan Hani seadanya
"Terima kasih ingatkan , saya balik dulu ya aunty , assalamualaikum " balas Adryan sambil berlalu keluar
"Waalaikumsalam" balas mak Hani sambil memandang pemergian Adryan

'Apa punya perangai lah anak aku ni . Tak tahu lah apa lagi yang aku boleh kata ' monolog mak Hani sambil melihat Hani berlalu ke biliknya untuk sambung tidurnya yang diganggu

Bersambung ...

Jumaat, 19 Februari 2016

CERPEN : DALAM DIAM CINTA BERPUTIK



"Hani , oh Hani , Adryan dah sampai tu . Cepat lah sikit " panggil mak Hani 
"Ya lah mak , Hani dah nak siap lah ni . Mak suruh lah , si Adryan tu sabar sikit tak boleh ke , asyik kena ikut dia je'' balas Hani 
"Ish kamu ni , bersyukur lah sikit ada Adryan yang sanggup hantar budak degil macam kamu tu " kata maknya geram
"Ya lah , ya lah . Hani berterima kasih sangat-sangat dekat Adryan tu " balas Hani tak puas hati sebab maknya asyik lebihkan si mamat poyo tu je . Sambil itu , Hani turun tangga dengan pantasnya supaya maknya akan berhenti membebel ...
" Hah ! Macam tu lah bagus , kamu pun tahukan si Adryan tu baik budaknya . Bagus juga kalau dapat jadikan Adryan menantu" kata maknya tersenyum suka tetapi tidak pada Hani
'Ish , dah mula melalut dah mak aku ni . Siap nak jadikan menantu lagi , tapikan setahu aku , aku seorang je anak permpuan dalam keluarga . Aduh , aku juga yang kena dengan si mamat poyo yang tak betul tu. Tak ingin aku , aku dengan dia tu , dah lah ibarat anjing dengan kucing' kata hati Hani
" Ish kamu ni Hani , asal mak cakap pasal Adryan je mesti kamu termenung . Dah kenapa , kamu teringin bebenor pada Adryan tu ke . Kalau betul , itulah berita paling menggembirakan mak" kata mak Hani dengan muka terujanyaka
"Ehh mana ada mak , tak teringin Hani dengan dia tu . Tak berkenan langsung adalah" balas Hani

Pon..pon..pon

"Cik adik di dalam , tak nak pergi kolej ke . Kalau tak nak cakaplah awal-awal , banyak lagi kerja yang aku kena buat" kata Adryan dengan muka bengangnya . Ya lah kan , siapa je yang tak bengang . Dah nak dekat lima belas minit dia tunggu tapi tak muncul-muncul pun orang yang terpaksa dihantar setiap hari tu 
" Ya , aku dah keluar lah ni , ko ni tak reti nak sabar ke . Bising betul lah ko ni , dan ingat ko sorang je ke yang banyak kerja" balas Hani yang tak pedulikan perasaan Adryan
"Weyh , agak-agak lah , aku nak cepat ni . Dah lah hari ni aku kena bentang hasil kerja aku tu . Ko taw tak betapa pentingnya hal macam tu untuk pelajar yang macam kita ni" kata Adryan dengan menahan amarahnya yang tengah membara . Sambil itu mereka berdua pun telah menuju ke kolej mereka
"Emm , sorry lah . Aku tak sengaja buat ko macam tu . Lain kali ko cakap lah dengan aku awal-awal , bolehlah aku siap awal" balas Hani sedikit serba salah kerana sudah menyusahkan Adryan

Setelah itu mereka berdua terdiam sehingga sampai ke kolej , walaupun sudah sampai di kolej mereka tetap tidak bersuara sepatah pun . Tetiba ...

"Nanti kalau nak balik , call je aku terus jangan mesej sebab aku takut aku tak perasan pula" kata Adryan tetiba untuk mengingatkan Hani
"Emm ya lah . Adryan aku minta maaf sekali lagi ya sebab dah menyusahkan ko tadi . Aku betul-betul tak sengaja taw" balas Hani sungguh-sungguh sebab dia memang rasa bersalah sangat-sangat dekat Adryan
"Tak apa lah , lagipun memang salah kita berdua pun . Dah lah , jom kita gerak ke kuliah kita nanti lambat pula" kata Adryan pada Hani setelah memaafkan kesalahan Hani tadi
"Ha'ah kan , kalau aku lambat masuk kuliah aku nanti . Aku salahkan ko " balas Hani dengan ceria kerana pergaduhan mereka tidak berlanjutan
"Aku dah faham sangat dengan ko ni , kalau salah ko sendiri pun , ko tetap akan salahkan aku juga kan . Dah terang lagi bersuluh yang ko ni dah bengong" kata Adryan sambil tergelak kuat
"Ish ko ni jom lah gerak ,berapa lama lagi nak terpacak dekat tepi kereta ko ni . Ko tak nampak ke yang mereka semua pandang kita senyum-senyum , macam kita ni pasangan kekasih pula" kata hani pula yang tak perasan Adryan jalan senyap-senyap nak tinggalkan Hani sorang-sorang dekat situ . Setelah Hani perasan akan perbuatan Adryan ...
"Hei Adryan berani ko tinggalkan aku sorang-sorang dekat sini ya . Siap lah ko nanti" jerit Hani geram
"HAHAHA padan muka ko" balas Adryan yang telah berlari meninggalkan Hani

Selepas itu , Hani dengan perasaan geram pada Adryan terus berlalu menuju ke bilik kuliahnya

Di kafeteria

"Hai Hani , Boleh saya join awak makan ? " tanya Riffan 

Riffan ni boleh tergolong dalam kalangan budak-budak hot juga lah ...

"Emm , boleh je . Sila...." kata-kata Hani terhenti sebab tetiba pula ada yang menyibuk . Mesti korang boleh agakkan
"Ehh Hani , kenapa tak tunggu Ryan . Tadi kan Ryan suruh honey tunggu Ryan" sanggah Adryan tetiba 
"Hai bro " ssapa Riffan dengan muka tak berapa suka
"Ehh Riffan rupanya , sorry lah aku nak makan dengan my honey lah . Boleh tak ko duduk tempat lain " balas Adryan dengan selamba badak dia
"Ehh , apa ni Adry.." kata-kata Hani di sanggah lagi
"Ish honey ni , kitakan nak dating berdua ni " kata Adryan dengan ngada-gadanya
"Emm tak apa lah bro , selamat menjamu selera ya Hani" kata Riffan sambil berlalu ke tempat kawan-kawannya

Selepas Riffan pergi , Hani memandang Adryan tajam

"Ko ni dah kenapa ?" tanya Hani dengan marahnya
"kenapa apa , aku cuma tak nak budak tu kacau ko je . Lagipun kan , mak ko kan suruh aku jaga ko . So aku tengah jalankan tugas aku lah tadi tu , tak salah kot" kata Adryan selambanya
"Ish ko ni , kacau ketenteraman aku je lah . Biarlah dia nak ngorat aku ke apa . Aku pun minat juga dekat Riffan tu" balas Hani sambil terbayangkan wajah Riffan
"Apa lah ko ni , buang karat je ko minat budak macam tu . Baik ko fokus belajar lagi bagus , siapa juga yang untung , diri sendiri juga yang untung kan " balas Adryan menunjukkan muka tak minat pada perbualan mereka
'Ada betul nya juga kan , lain pula dia hari ni . Macam pagi tadi juga' termenung Hani


BERSAMBUNG ...  

Khamis, 18 Februari 2016

Cerpen : Annoying Akif

" Lian bangun , dah pukul berapa dah ni ! '' Puan Ros memanggil anaknya
''Ya Allah , budak ni kan memang nak kena ni , nanti kalau terlewat aku juga yang disalahkan'' bebel Puan Ros
''Liannnnn'' jerit Puan Ros
''Arghhh'' Lian menjerit sakit
'Ehh mak ni kalau dah terkeluar suara tarzannya itu , sampai terjatuh katil aku dibuatnya' monolog Lian
''Lian dah bangun ke belum tu , dah lewat ni ! '' tanya Puan Ros
''Ye , Lian dah bangun lah ni mak , sekejap lagi siap lah ni mak'' kata Lian
''Hah , ya lah , cepat sikit Lian'' kata Puan Ros

Selepas 10 minit 

''Selamat pagi mak'' sapa Lian
''Assalamualaikum dan selamat pagi wahai puteri tidur'' balas Puan Ros
''Erghh , waalaikumsalam makku yang tersayang , terlupa pula puteri tidur yang comel ni nak bagi salam'' balas Lian sambil ketawa
''Amboi-amboi , sejak bila pula kamu tu comel hah , tak pernah perasan pun mak selama ni'' balas Puan Ros sambil tersenyum
''Emm , sampai hati bonda berkata sebegitu kepada anakanda yang comel lagi jelita ni'' kata Lian sambil membuat muka sedih
''Apa-apa saja lah kamu ni Lian oiii , dah pergi sekolah sana , lewat lagi baru taw'' kata Puan Ros
''Emm , ya lah mak ku sayang , Lian pergi dulu ye'' balas Lian
''Ye lah hati-hati naik basikal tu , jangan kayuh laju sangat ye'' pesan Puan Ros
''Baiklah mak , perintah bonda pasti akan ku laksanakan'' balas Lian sambil ketawa

Di depan pagar sekolah

'Alamak ! Hari-hari asyik muka mamat annoying ni je kat pagar , ni mesti nak denda aku lah ni , aish tak ada kerja lain betul lah dia ni ' bebel Lian seorang diri sambil menyorong basikalnya
''Hah tu apa yang dibebelkan sorang-sorang tu , dah lah datang lambat lepas tu bebel sorang-sorang . Apa pula alasan ko kali ni hah ?'' tanya mamat annoying
''Emm , tad...tad...tadi ....'' terhenti kata-kata Lian yang tergagap-gagap sebab disanggah oleh mamat annoying
''Sejak bila pula ko ni gagap hah , jawab lah betul-betul'' sanggah mamat annoying
''Tadi jalan sesak , tu yang lewat'' balas Lian sambil cuba nak lari kan diri dari mamat annoying tu
''Hah ! Nak lari ke mana tu cik Nur Farisya Aliana Tajuddin oii ?'' jerit mamat annoying
''Nak masuk kelas lah Encik Muhammad Amzar Akif Akhmal A.K.A mamat annoying . Tadi kata dah lewat kan kan'' balas
''Ehh apa ko panggil aku tadi ? aku macam tak berapa dengar lah'' tanya mamat annoying
'Alamak dia dengar ke aku panggil dia mamat annoying tadi , mati lah aku kali ni , tak boleh jadi ni' kata hati Lian
''Ehh aku panggil nama ko sendiri lah tadi , okay lah aku nak masuk kelas dulu , bye'' balas Lian berani sambil berlari ke kelasnya
''Ehh , ya ke ! weyh jangan lari aku belum bagi hukuman kat ko lagi lah'' jerit Akif kepada Lian yang sudah jauh ke depan

10 minit kemudian , semasa Lian di dalam kelasnya

'Assalamualaikum dan maaf kepada para pelajar serta guru-guru sekalian , di sini ada satu pengumuman khas untuk saudari Nur Farisya Aliana Tajuddin tingkatan empat amal. Diminta kepada saudari tersebut untuk berjumpa dengan saudara Muhammad Amzar Akif Akhmal di bilik disiplin pada waktu rehat . Harap maklum . Pengumuman tersebut membuatkan Lian berasa terlalu malu sebab namanya dipanggil secara umum ...

Pada waktu rehat di bilik disiplin

Lian jalan menuju ke bilik disiplin dengan perasaan yang sangat geram pada mamat annoying tu . .

Tuk..tuk..tuk

''Masuk'' kata Akif
Lian berjalan masuk ke dalam bilik disiplin dan berdiri di depan meja tempat Akif menyiapkan tugasannya dengan muka masamnya
''Ada apa panggil aku datang sini ? lain kali kalau nak panggil buat lah pengumuman yang lebih kuat lagi ya . Biar lagi jelas ya ketua pengawas yang dihormati'' kata Lian sambil menyindir pedas pada Akif 
''Amboi-amboi sedapnya menyindir orang ya . Saudari dah terlupa ke pada hukuman yang perlu saudari laksanakan?'' balas Akif sambil menyindir kembali sindiran Lian
'Alamak ! Ingatkan dia dah lupa terus pasal hukuman tu' kata hati Lian
''Emm , hukuman apa ya , serasa saya , saya tak ada melanggar peraturan sekolah'' balas Lian sambil membuat muka yang tidak bersalah langsung
''Laa , pelupa rupanya cik Farisya Aliana ni , barulah saya tahu'' sindir Akif lagi
''Emm ya lah , hukuman apa yang aku perlu laksanakan kali ni ? '' tanya Lian dengan muka pasrah untuk menjalani hukumannya
''Hah , bagus lah sedar diri atas kesalahan yang dilakukan ya . Hukuman ko kali ni cuci tandas sekolah pula '' balas Akif dengan gaya sombongnya
''Ye lah aku akan lakukan . Ini mesti kali terakhir aku akan kena denda dengan ko punya '' balas Lian dengan yakin dan ada sesuatu yang tersembunyi 
''Jangan harap aku percaya kat ko lah '' balas Akif dengan muka tak percayanya

Di dalam kelas Lian , selepas bertemu dengan Akif di bilik disiplin Lian diserbu oleh tiga teman rapatnya

'' Weyh ko dapat hukuman apa pula ni ? '' tanya Syidah
''Ko kena laksanakan hukuman apa pula kali ni ? '' tanya Zara
''Berat tak hukuman yang dia suruh ko laksanakan ? '' tanya Trisya

Sebenarnya Lian ada tiga teman rapat yang terdiri oleh Nurul Rasyidah Hj Samad , Izara Hanani Mohd Fuad dan yang terakhir Nor Batrisya Sakinah Assaluddin . Teman-teman Lian dah biasa dengan kelewatan Akif ke sekolah . Sebab itu tak payah ditanya sebenarnya sebab Lian kena jumpa Akif . Tak lain dan tak bukan mesti pasal hukuman . Dah banyak sangat hukuman yang dilakukan oleh Lian . Jadi Lian sendiri pun dah lali dengan hukuman tersebut ...

Kembali pada pertanyaan teman-teman Lian

''Ish ! Aku geram betul lah dengan si Akif tu , macam nak lenyek-lenyek je dia tu '' kata Lian dengan muka bengangnya
''Lian'' serentak ketiga-tiga temannya
''Amboi , dah lah serentak bagi soalan kat aku lepas itu serentak panggil aku pula ya . Sabar lah , dah lah aku tengah bengang tahap maksima ni'' balas Lian geram 
''Lah , kami cuma nak taw je , jangan lah marah-marah . Dah lah hari ni hari terakhir ko sekolah kat sini . Anggap sahaja lah itu kenangan ko dengan Akif'' kata Trisya dengan sayunya
''Ha'ah kan , ko ni tak sayang dengan kami ke , kami sedih ko nak pergi''  kata Zara sedih
''Dan aku agak kan , ko mesti tak bagi taw dia yang hari ni , hari terakhir ko sekolah sini kan . Betul tak ?'' tanya Syidah

Lian mula terasa sedih sebab terpaksa berpindah ke Johor sebab ayahnya dipindahkan ke sana . Lian terasa sudah terasa begitu seronok bersekolah di Pahang bersama-sama teman-temannya serta kehadiran Akif juga .

''Emm , apa lagi lah yang aku boleh cakapkan , kamu semua lah yang sentiasa faham isi hati aku . Semestinya aku sayang sangat-sangat pada kamu semua , sebab kita kan dah lama jadi teman rapat . Aku tak akan sesekali lupakan kamu semua okay . Dan semestinya , aku tak akan bagi taw pada dia hal ni , aku pun rasa sedih dan suka sebab dapat jauh daripada dia . Nanti kalau dia dah perasan ketiadaan aku dekat sekolah ni , kamu semua kirim salam aku pada dia taw'' kata Lain beserta nasihat pada teman-temannya

''Kami semua pun akan rindu kan ko sangat-sangat . Nanti kat sana , jangan lupa contact kami semua ye'' balas ketiga-tiga temannya

Waktu balik persekolahan , Lian melaksana kan hukumannya dengan bersungguh-sungguh kerana Lian terlalu sayang dengan sekolah yang bakal di tinggalkan selama empat tahun ini.Pada tahun ini Lian telah berada di tingkatan empat amal manakala Akif berada di tingkatan lima iman kerana Akif seorang pelajar yang sungguh pintar.

Selepas selesai melaksana kan hukumannya , Lian bertembung dengan Akif yang ingin berjalan ke stesen bas di depan sekolahnya . 

''Hah ! Dah siap ke cuci semua tandas tu sehingga bersih ?'' tanya Akif
''Emm , dah siap 100% dah , kalau ko tak percaya boleh lah ko pergi periksa'' balas Lian
''Ehh Lian , jangan lupa kami semua kat sini ye'' kata seorang budak lelaki yang sama kelas dengan Lian
''Hah ! Ya lah , kamu semua pun sama '' balas Lian
''Kenapa pula nak kena ingatkan kamu semua , dia kan memang ada dekat sekolah ni ?'' tanya Akif sedikit pelik pada budak lelaki tu
''Ehh , Lian kan ...'' kata-kata budak lelaki tu dipotong oleh Lian untuk menyembunyi kan rahsianya
''Tak ada apa-apa lah , dia ni saja je lah , ko ni , tu pun tak dapat tangkap apalah . Kata budak paling pandai'' balas Lian tersenyum pada budak lelaki tu sambil mengizipkan mulutnya . Menandakan bahawa dia suruh budak lelaki tu tutup mulutnya . Budak lelaki tu faham sambil mengangguk kan kepala . Kemudian budak lelaki tersebut pun beredar untuk memberi ruang kepada mereka berdua.
''Amboi-amboi , sedapnya ko mengata aku yang ada dekat sebelah ko ni ya . Aku ni bukan sebarangan orang taw'' balas Akif dengan poyonya
''Emm ya lah , okay lah , aku balik dulu ya . Selamat tinggal ketua pengawas poyo AKA mamat annyoing ''  kata Lian tergelak sambil berlaku ke kereta ayahnya
''Ehh , siap lah ko esok , aku denda ko teruk-teruk'' balas Akif geram

9 tahun kemudian

''Intan , bawa masuk fail projek genting highlands yang minggu lepas punya tu'' arah Lian pada setiausahanya melalui interkom

Lian sekarang sudah menjadi seorang yang berjaya , dia menjadi seorang pengurus di syarikat pak ciknya . Pak ciknya iaitu Dato Ahmad Ihsan , seorang usahawan yang terkenal di Malaysia .

''Baik cik Farisya'' balas intan

Nama rasmi Lian di syarikat pak ciknya ialah Farisya .

Tuk..tuk..tuk

''Masuk'' arah Farisya pada intan
''Baik cik . Ini fail yang cik Farisya minta tadi'' kata intan 
''Okay , terima kasih'' balas Farisya 
''Ada apa-apa lagi ke cik Farisya'' tanya Intan
''Dah tak ada apa-apa dah , awak boleh teruskan kerja awak'' arah Farisya
''Baik cik'' balas Intan sambil berlalu keluar daripada bilik bosnya

Pada waktu lunch hour

Tuk..tuk..tuk

''Masuk'' arah Farisya
''Baik'' balas Intan
''Ada apa Intan , saya tengah busy ni , awak pergi lah lunch dengan yang lain'' balas Farisya seakan tidak ingat sesuatu
''Cik Farisya kan ada lunch date dengan CEO syarikat AAA dekat restoran Indah Permata'' balas Intan mengingat kan kepada bosnya yang terlalu busy
''Alamak ! Terlupa pula saya , nasib baik awak ingatkan . Terlupa pula saya nak set dekat handphone saya . Ehh , awak cakap lunch date . Tak ada masa saya nak date-date ni . Hish awak ni saja je '' balas Farisya yang baru mengingati appoinmentnya

Di Restoran Indah Permata 
Farisya berjalan masuk ke tempat CEO syarikat AAA tersebut , bagi Farisya nama syarikat tersebut sangat pelik tapi sangat gah di dunia bisnes . Tapi kalau dah taw nama CEO nya , mesti dah taw sebab nama syarikat dia macam tu ...

''Assalamualaikum tuan'' Sapa Farisya pada tuan CEO tersebut
''Waalaikumsalam cik Farisya , sila kan duduk jangan malu-malu'' balas tuan CEO tersebut
''Emm , terima kasih . Maaf buat tuan Amzar menunggu lama ya'' balas Farisya
''Tak apa , saya tak kisah pun '' balas Amzar sambil memandang lama pada muka Farisya sehingga membuatkan Farisya tidak berapa selesa
'Ehh tuan CEO ni , kalau nak pandang tu agak-agak lah , aku cungkil keluar mata tu baru taw kata hati Farisya dengan geramnya
''Maaf lah , kalau buat awak rasa kurang selesa pula tadi ya . Saya rasa macam kenal dengan awak je'' kata Amzar 
''Hah ! Macam mana pula tuan Amzar boleh kenal saya , setahu saya ni baru first time kita bersua kan'' balas Farisya agak pelik sedikit
''Tak payah lah , nak bertuan-tuan sangat , panggil Amzar saja '' kata Amzar
''Baiklah , mari mulakan perbincangan kita ya'' balas Farisya agak kekok sedikit

Selepas selesai perbincangan dan makan tengah hari ...

''Okay , sekarang boleh lah kita berborak-borak ye'' kata Amzar
''Hah ! Emm nak borak apa ya ?'' tanya Farisya pula
''Dulu , lepas spm Farisya sambung belajar dekat mana ? '' tanya Amzar
''Emm , dulu dapat tawaran sambung belajar dekat Ausie'' balas Farisya tanpa sebarang rasa curiga
''Ohh , mesti budak pandai lah ni kan . Untungnya siapa yang akan dapat jadikan Farisya isteri dia nanti kan'' puji Amzar
''Biasa-biasa je . Memang untung pun , tak taw ke'' balas Farisya selamba
''Ehh Farisya dah kahwin ke ? Kahwin dengan siapa ? Bila kahwinnya ? Dah lama ke ?'' tanya Amzar sungguh-sungguh dengan kecewanya kerana gadis tersebut sudah dimiliki  
'Tadi panggil dia cik , okay je dia ni . Tak marah ke apa' kata hati Amzar dengan peliknya
''Amboii banyaknya soalan , semua kena jawab ke . Saya gurau je lah Amzar, saya tak kahwin lagi'' balas Farisya tersenyum dalam hati kerana rasa kelakar dengan soalan Amzar
''Ohh , terkejut saya dibuatnya'' kata Amzar dengan wajah gembiranya sambil dalam hati rasa lega gila , sebab gadis tersebut masih belum berpunya lagi
''Okay lah Amzar , saya nak kena balik pejabat semula ni . Banyak kerja saya kena buat , nanti tak siap-siap pula kalau asyik berborak je'' kata Farisya
''Hah ! Ya lah , saya pun nak kena balik pejabat juga ni . Semoga berjumpa lagi ya cik Farisya'' balas Amzar dengan wajah gembiranya
''Assalamualaikum'' kata Farisya
''Waalaikumsalam'' balas Amzar

Di pejabat Dato Ahmad Ihsan 

''Selamat pulang cik Farisya , best tak lunch date dengan tuan CEO ?'' tanya Intan sambil tersenyum
''Amboi-amboi banyak lah kamu punya best ya , saya meeting je dengan dia bukan dating . Intan bawa masuk fail dari syarikat Wangsa ya , jangan asyik nak kenakan orang je ya'' balas Farisya 
''Baik cik Farisya , saya tak kan kenakan orang dah , tapi saya akan usik orang je . Tak apa kan cik '' balas Intan sambil ketawa suka

Selepas seminggu , Farisya mendapat panggilan daripada maknya di kampung . Maknya memberitahu berita yang sangat mengejutkan ...

Kring..kring..kring

''Assalamualaikum mak ku yang tersayang'' sapa Farisya
''Waaalaikumsalam puteri tidur'' balas Puan Ros sambil tergelak
''Ehh , mak ni . Itu dulu lah , masa Lian budak-budak lagi . Sekarang ni Lian dah jadi puteri cinderella taw '' balas Farisya tergelak sakan
''Perasan betul kamu ni Lian . Nasib baik ada juga yang berkenan dengan kamu , kalau tak , tak kahwin lah kamu'' balas Puan Ros penuh makna
''Hah ! Sapa saja lah yang berkenan dengan anak mak yang comel ni . Bertuah betul lah kan '' balas Farisya tergelak tanpa syak 
''Kawan lama mak yang berkenan dengan kamu . Kamu tak kisah kan , boleh lah kamu kahwin dengan anaknya . Lagipun ayah kamu pun dah setuju dengan risikan tersebut''kata Puan Ros dengan sungguh-sungguh
''Apa mak !!! Ala mak ni , Lian muda lagi lah . Tak nak kahwin , tak nak '' balas Farisya sambil merengek pada Puan Ros
''Hah ! mak tak taw ya , ayah kamu dah setuju . Berani ke kamu nak bantah cakap ayah kamu ? '' tanya Puan Ros
''Ala , mak lah pujuk ayah tu . Tak berani Lian nak bantah , tapi kalau mak pujuk ayah mesti ayah turut kan '' balas Farisya sambil kelip-kelip kan matanya , seolah-olah maknya ada di depannya
''Tak kuasa mak , jadinya kamu pun kena lah terima ya . Lagipun kamu tu bukannya ada sesiapa pun kan'' kata Puan Ros yang sangat faham perangai anaknya yang kuat bekerja
''Emm , ya lah Lian pasrah , Lian pasrah mak '' balas Farisya dengan ayat yang di buat-buat sedih
''Amboi , pasrah bebenor ya . Okay lah , banyak lagi kerja yang mak kena buat . Daripada melayan puteri tidur ni , tak siap kerja nanti '' balas Puan Ros tergelak dengan sikap manja anaknya yang memang tidak dapat di hakis
''Ye lah mak , Lian puteri cinderella lah mak . Nanti hujung minggu Lian balik ya mak , mak dan ayah jaga diri dekat kampung tu ya . Mak kirim salam dekat ayah ya . Sayang mak dengan ayah , muah .. muah '' balas Farisya sedih 
''Baiklah anakku yang tersayang , kamu pun jaga diri juga . Okay lah , assalamualaikum'' kata Puan Ros
''Waalaikumsalam mak'' balas Farisya sayu
'Alamak macam mana ni , aku yang muda lagi ayu ni nak kena kahwin dah . Kalau aku edar kan kad jemputan kahwin aku dekat pejabat nanti , mesti kecoh satu pejabat . Habis lah aku , ehh aku ni mereka baru je merisik dah fikir sampai nak kahwin pula . Macam tak sabar je aku ni , pelik juga aku ni ye'' monolog Farisya seorang diri sambil terbayang akan majlis kahwinnya nanti ...

Betapa peliknya si Farisya ni , tadi masa berbual dengan maknya macam tak setuju je dengan keputusan ayahnya tu . Tapi boleh pula berangan majlis kahwinnya tu . Dah lah dia tak kenal anak dan kawan maknya tu tapi masih lagi teruja , ish .. ish .. ish 

Dua minggu sebelum hari pernikahan
Di pejabat Dato Ahmad Ihsan

''Intan , nah kad jemputan . Yang selebihnya , nanti tolong edar kan pada yang lain di pejabat ya '' arah Farisya pada Intan dengan selambanya
''Hah ! Weyh kamu semua cik Farisya dah nak kahwin lah . Wah , tahniah ya cik Farisya , tak sangka awal juga cik kahwin'' balas Intan dengan muka tak percaya nya
''Hah ! Ya ke wah , tahniah ya cik Farisya . Siapa lah yang dapat cair kan hati beku cik Farisya ni . mesti hebat orangnya kan'' kata pekerja syarikat tersebut
''Emm ya lah , hebat sangat . Dah pergi sambung kerja kamu semua , ni masa kerja lagi kan'' arah Farisya 
'Macam-macam lah mereka ni , tapi kan muka mereka ni macam tak percaya je . Pelik sangat ke kalau aku nak kahwin awal , teruk sangat ke aku ni ya ' kata hati Farisya sambil berlalu ke pejabatnya
''Intan masuk sekejap'' arah Farisya
''Baik cik Farisya '' balas Intan

Tuk..tuk..tuk

'' Masuk'' arah Farisya
''Baik'' balas Intan
''Saya nak tanya sikit ni'' kata Farisya  
''Nak tanya apa cik Farisya?'' tanya Intan
''Kenapa kamu semua macam tak percaya yang saya dah nak kahwin ya ?''tanya Farisya
''Emm , cik betul nak taw sangat ke ? '' tanya Intan 
''Tak ada lah nak taw sangat cuma saja nak taw je '' balas Farisya selamba
''Sebabnya , cik Farisya macam orang yang tak ada perasaan'' kata Intan
''Ye ke '' kata Farisya
''Ya lah , kalau ada bos baru yang muda dan handsome pun cik farisya tak cair . Tak ke pelik tu . Lagi kalau ada klien yang boleh dikira hot lah juga , cik Farisya macam tak kisah langsung'' balas Intan dengan bersungguh
''Ohh , sebab itu je ke '' kata Farisya
''Ha'ah lah '' balas Intan pelik dengan bosnya
''Okay lah , awak boleh sambung kerja awak'' arah Farisya
''Baiklah cik Farisya'' balas Intan


Pada hari pernikahan Farisya

''Acik , jangan lah mekap tebal-tebal sangat saya tak suka lah '' kata Farisya kepada acik andam tersebut
''Ya lah , ya lah . Dah banyak kali kamu cakap , naik jemu telinga acik dengar kata-kata kamu . Dah duduk diam je , biar acik siapkan tugas acik ni'' balas acik andam
''Baiklah acik'' balas Farisya buat-buat sedih

Sebenarnya , acik andam tu mak cik Farisya sendiri . Itu yang berani buat perangai macam itu , kalau dengan orang lain semestinya membisu ...

Tuk..tuk..tuk
  
''Hah Lian dah siap ke belum ? Pengantin lelakinya dah sampai , boleh turun sekarang kan ? '' tanya Puan Ros
''Dah siap dah ni mak . Boleh je turun sekarang , jomlah mak'' ajak Lian

Sambil berjalan turun , mata Farisya meliar ingin melihat bakal suaminya ...

'Emm , tengok daripada belakang macam boleh tahan je orang nya' kata hati Farisya

Dengan tenangnya Farisya duduk di tempat yang disediakan khas untuk dirinya . Dan upacara pun bermula ...

''Muhammad Amzar Akif Bin Akhmal , aku nikah kan di kau dengan anak  perempuan ku yang bernama Nur Farisya Aliana Binti Tajuddin dengan mas kahwinnya sepuluh ribu tujuh ratus sembilan puluh lapan'' kata ayah Farisya
''Aku terima nikahnya Nur Farisya Aliana Binti Tajudddin dengan mas kahwinnya sepuluh ribu tujuh ratus sembilan puluh lapan'' balas Amzar dengan lancarnya
'' Sah , sah '' kata para saksi

Semua orang bersyukur kerana hanya sekali lafaz sahaja ... 
Amzar mula berjalan berjalan ke arah Farisya untuk acara membatalkan wuduk dan sarung cincin ...

Amzar menghulur kan tangannya kepada Farisya dan Farisya menyambut salam suami yang baru sah tadi . Lepas itu , Amzar mencium dahi isteri yang baru sah tadi . Sambil itu Amzar berbisik sesuatu kepada farisya ...

''Saya dah lama cari awak Lian '' kata Amzar
''Hah!!! '' balas Farisya terpinga-pinga sebab masih lagi terkejut sebab suami yang baru sah tadi ialah tuan CEO . Patutlah nama tadi macam kenal je ...

Selepas itu , pasangan suami isteri tersebut mesra melayan tetamu yang hadir ke majlis nikahnya . Pada waktu itu , Farisya bertanya kepada Amzar ...

''Awak , kenal saya ke sebelum ini ? '' tanya Farisya kepada suaminya
''Malam nanti lah saya jawab ya'' balas Amzar sambil kedip mata pada isterinya

Pada waktu malam di rumah ibu bapa Farisya ...
Di dalam bilik pengantin yang dah dihias indah untuk kedua mempelai ...
Selepas pasangan suami isteri membersih kan diri mereka dan bersolat ...

''Sekarang , boleh awak jawab soalan saya ? '' tanya Farisya pada suaminya
''Tapi sebelum itu boleh awak tunaikan permintaan saya dan berjanji tak akan mengubahnya ? '' tanya Amzar pada Farisya pula
''Okay lah , saya akan tunaikan permintaan awak tu ya . Tapi apa permintaan awak tu ya ? '' tanya Farisya kembali
''Awak kena panggil saya 'abang' dan saya akan panggil awak 'Lian' , 
okay kan'' arah Amzar
''Okay , memandang kan kita dah sah . Jadi saya akan turut pada abang'' balas Farisya
''Bagus-bagus , okay sekarang abang akan bagi taw Lian'' kata suaminya
''Okay sila kan beritahu Lian '' balas Lian
''Lian memang dah tak ingat abang atau nama abang ke ? Sampai hati , sedih taw abang . Abang nak Lian ingat siapa abang dulu!! '' arah Amzar
'Pelik je suami aku ni , dah tak betul ke apa . Tetiba keluar mode sedih , pasrah saja lah dapat suami macam ni' kata hati Farisya
''Emm nama abang Muhammad Amzar Akif Akhmal . Ehh , macam kenal lah nama tu . Tapi dekat mana ya ? '' balas Lian sambil cuba mengingati
'Ehh , nama suami aku ni memang familiar sangat , tapi ... ' kata hati Farisya
''Tak ingat lagi lah tu . Lian ingat lagi tak dekat Syidah, Zara dan Trisya?'' tanya Amzar
''Ehh , itu kan nama teman rapat Lian , macam mana abang boleh taw ?'' tanya Lian pada suaminya dengan peliknya 
''Mesti lah abang taw , abang kan satu sekolah dengan Lian '' balas Amzar
''Emm , Muhammad Amzar Akif . Macam pernah kenal dengan nama Akif . Sekejap ya '' balas Farisya

Selepas lima minit

''Hah , mamat annoying'' kata Lian tetiba
''Aish , nama tak glamor tu juga yang diingatnya'' kata Akif dengan muka monyoknya
''Memang lah , dah abang tu senior yang paling annoying sekali . Suka sangat buli Lian , mesti Lian geram'' kata Lian
''Ala , geram-geram pun sayang juga kan '' balas Akif
''Ehh , mana ada . Perasan betul lah abang ni'' kata Lian tergelak
''Abang taw lah , teman rapat Lian yang bagi taw'' balas Akif

Imbas kembali 9 tahun lepas

Semasa Syidah , Zara dan Trisya hendak ke perpustakaan . Akif datang kepada mereka untuk bertanya ...

''Emm Syidah , hari ni Lian tak datang sekolah ke ?''
''Macam mana senior taw Lian tak datang hari ni ?'' tanya Zara kembali
''Biasanya dia kan datang lewat , tapi hari ni tak . Lepas itu , saya langsung tak nampak dia di mana-mana hari ni , tu yang saya agak'' balas Akif
''Sebenarnya Lian dah pindah ke Johor '' balas Trisya
''Hah ! Dah pindah ke Johor . Kenapa pula dia kena pindah ?'' tanya Akif
''Dia ikut ayah dia yang dipindah kan ke sana '' balas Syidah
''Ohh macam itu ya , patut lah semalam dia ucap selamat tinggal '' balas Akif sayu
''Dia sampaikan salam dia pada senior semalam dan dia anggap apa yang pernah jadi dekat sekolah ini sebagai sebuah kenangan yang indah '' balas Zara
''Ohh , macam tu ke . Terima kasih bagi taw ya '' kata Akif dengan sedih
''Sama-sama senior'' balas Trisya

Semenjak itu , Akif sudah tidak seceria dulu . Sebab dia rasa , terlalu sunyi tanpa Lian di sekolah kerana dia suka buli Lian . Sebenarnya , dalam diam Akif menyimpan hati dekat Lian , sebab itu dia suka tengok muka masam Lian . Oleh disebabkan itu , Akif nekad ingin mencari dan mengetahui perkembangan Lian . Melalui teman rapat Lian , Akif dapat berjumpa dengan Lian ... 
Kembali masa kini

''Ohh macam itu ke ceritanya'' kata Lian
''Dan sebenarnya ada lagi'' kata Akif
''Hah ! Ada lagi ? Apa , bagi lah taw '' balas Lian
''Sebenarnya abang yang rancang kerjasama syarikat kita tu , supaya kita boleh berjumpa . Kalau Lian nak taw , abang gembira sangat dapat jumpa dengan Lian semula taw '' kata Akif sambil memeluk bahu Lian dan Lian membiarkan saja kerana dah sah
''Tak dapat di duga betul lah abang ni . Jangan kata abang yang suruh mak abang merisik Lian sudah'' tanya Lian dengan wajah tak percaya
''Sebenarnya , betul lah apa yang Lian katakan tu '' balas Akif sambil tersengih-sengih macam budak-budak
''Ya Allah , abang ni kan . Kita kan baru je jumpa sekali '' kata Lian seakan tak percaya dengan perangai mamat annoying kesayangannya tu
''Disebabkan itu lah , abang tak sanggup nak jauh dari sayang abang ni . Sayang tak taw , abang menahan rindu selama 9 tahun taw . Tak kesian ke dekat abang yang sangat setia ni'' balas Akif dengan muka sedihnya
''Ye lah , kesian sangat dengan suami Lian ni kan'' balas Lian tergelak dengan gelagat manja suaminya . Dia seakan tak percaya bahawa di depan dia ni senior yang sangat annoying dulu
''Baiklah sayang , marilah kita tidur dengan bahagianya ya'' kata Akif  pada Lian sambil mengedip-gedipkan matanya
''Ye lah abang , segala perintahmu akanku turuti'' balas Lian

Dan malam tersebut berlalu dengan indahnya setelah segala rahsia telah terbongkar ...


SEKIAN ...