Mudah dikenali tetapi susah untuk didekati

Foto saya
Hai, saya ialah seorang penuntut universiti selangor, Shah Alam... Saya mengambil jurusan diploma perakaunan...

Selasa, 4 September 2018

DALAM DIAM CINTA BERPUTIK 5

"Mak, Hani pergi kelas dulu lah ya, Hani dah lambat nak pergi kelas ni" kata Hani dengan kelam-kabutnya sebab dia memang dah terlambat, tak pasal-pasal nanti dia kena perli dengan Encik Ikhwan tu.

"Ehh Hani, kamu ni tak pergi dengan Adryan ke hari ni, tak pernah-pernah dia tak datang tak bagi tahu dulu" kata mak Hani pelik sebab Hani mmg tak pernah pergi sendiri selalu Adryan memang dah terpacak depan rumah dia nak hantar Hani pergi kelas.

"Ala si Ryan tu busy lah, orang tak nak susah kan dia, sebab orang memang dah lambat sangat, jadi memang tak sempat lah dia nak hantarkan orang" balas Hani sambil pakai kasut dia, dia terus pergi depan pagar sebab teksi yang dia call dah sampai.

"Kamu tu hati-hati, jangan kelam-kabut sangat nanti terjatuh susah" pesan mak Hani smbil melihat Hani berlari ke pagar depan rumah dia.

"Okay lah mak, orang pergi dulu. Mak hati-hati duduk dekat rumah tu sorang-sorang" balas Hani sambil memberi pesan kepada mak dia, sebelum Hani berlari dia sempat salam mak dia.

"Ya lah Hani oii, pergi cepat" balas mak Hani sambil melihat Hani masuk ke dalam teksi dalam berlalu masuk ke dalam rumah.

Di universiti.

Hani berlari nak masuk ke dalam kelas sebab takut sangat dia terlambat... Lepastu tiba-tiba pula ada adegan dengan .....

"aduh.. aduh .. aduh.. siapa pula alahai yang tak ada mata langgar aku ni" kata Hani sambil bangun daripada terjatuh tadi.

"Ehh Hani, sorry lah saya terlanggar, sorry sangat-sangat ye" balas Riffan sebab dia yang langgar Hani .. Korang rasa sengaja ke tak

"Emm ya lah, tak apa." Kata Hani, takkan lah dia nak mengamuk dekat Riffan pulak kan

"Hani nak pergi mana kelam kabut sangat ni?" Soal Riffan, sebab dia nak sembang dengan Hani lama sikit.

"Ehhhh, dah lambat ni!!!" kata Hani sambil tengok jam dengan si Riffan yang menyibuk dekat dengan dia lagi

"Dah lambat nak pergi mana pula ni?" balas Riffan, padahal dia dah nampak dah Hani tu tengah nak cepat saja je menyibuk.

"Okay lah Riffan, dah lambat nak pergi kelas ni"Kata Hani dan berlari dengan cepat sebab takut dia kena denda dengan pensyarah

Dengan kadar yang segera, Hani berlari sampai boleh terlanggar dengan seseorang lagi. Jeng.. Jeng..Jeng...

"Ya Allah, siapa pula yang langgar aku dekat tengah-tengah alam ni, takkan tak nampak aku yang memang dah cukup besar ni. Nak kata aku ni kecik, tak ada pula yang kata macam tu, alahai!!!" Kata pensyarah Hani; Encik Ikhwan. Dengan membebel tak henti dia cuba untuk bangun.

"Alamak Sir, sorry saya tak sengaja terlanggar Sir, saya memang betul-betul tak nampak Sir ada dekat depan saya. Sorry sangat-sangat Sir." Balas Hani dengan gelabah dia, memang la gelabah pensyarah kot.

"Tak apa lah nak buat macam mana dah awak tak nampak saya, kan saya ni kecik je orang nya sebab tu lah awak tak nampak saya kan, dah jom masuk kelas takkan nak berdiri je depan pintu ni hah. Pintu ni bukan boleh bagi apa-apa pon kalau kita dekat depan ni je" Kata Encik Ikhwan dengan nada perli plus dengan membebel dia yang panjang berjela tu.

"Baik Encik Ikhwan, saya masuk kelas dulu ya, saya minta maaf sekali lagi." balas Hani sambil berlalu ke dalam kelas sambil mencari tempat kawan-kawan dia.

Encik Ikhwan berlalu masuk ke dalam kelas juga sambil menganggukkan kepala nya sebagai tanda yang dia mafkan Hani, dan dia pon bersedia untuk memulakan kelas nya.

Setelah beberapa jam berlalu, kelas Encik Ikhwan pon tamat dengan pelbagai tugasan yang diberi kepada pelajar-pelajar nya.

Hani dan kawan-kawannya pon berlalu keluar dari kelas dengan muka yang happy sebab dah tak ada kelas lepas tu tapi bila teringat balik tugasan yang berlambak memang serabut lah.

"Opocot Hani oii!!" Jerit Adryan dengan kuat di depan Hani sebab nak terkejutkan Hani lah apalagi kan.

"Ehhhh hantu jebon buruk!!!" Jerit Hani dengan kuat dan terkejut sebab tetiba kena sergah dari depan macam tu sambil pukul Adryan dengan buku yang dipegangnya.

"Aduh sakit lah Hani oii, apa ko ingat buku tu kapas ke apa hah!!" kata Adryan sambil gosok-gosok tempat yang Hani pukul dengan buku tebal macam kamus dia tu.

"Hah, padan lah muka kau, siapa suruh terkejut aku macam tu, malu lah aku orang tengok aku melatah tadi." Balas Hani sambil buku di tangan Hani amsih tak berhenti pukul Adryan sebab dia geram sangat dengan si Adryan ni.

"Ala, ye lah aku minta maaf erkk. Janji tak buat lagi." kata Adryan dengan muka yang tak seberapa ikhlas nak minta maaf dekat Hani.

"Ala kau ni, bukan boleh percaya sangat pon. Entah-entah kejap lagi pon dia kenakan kita lagi." Balas Hani dengan geram, sebab bukan dia tak kenal dengan peragai si Adyan yang suka cari pasal dengan orang.

"Ala!!! Orang cakap betul-betul ni, orang minta maaf lah, betul janji tak buat lagi. Maafkan orang ya." kata Adryan dengan muka tercebik-cebik macam budak-budak yang nak nangis sebab tak dapat gula-gula.

"Ermm, okay boleh maafkan tapi mestilah ada syaratnya. Tapikan kau ni jin ke alien ke sebab dari tadi orang-orang, macam nak kena pukul lagi je." balas Hani dengan gaya fikir nak suruh Ryan buat apa lah lepastu seronok sebab dapat usik si Ryan.  

Tiada ulasan:

Catat Ulasan