Mudah dikenali tetapi susah untuk didekati

Foto saya
Hai, saya ialah seorang penuntut universiti selangor, Shah Alam... Saya mengambil jurusan diploma perakaunan...

Khamis, 18 Februari 2016

Cerpen : Annoying Akif

" Lian bangun , dah pukul berapa dah ni ! '' Puan Ros memanggil anaknya
''Ya Allah , budak ni kan memang nak kena ni , nanti kalau terlewat aku juga yang disalahkan'' bebel Puan Ros
''Liannnnn'' jerit Puan Ros
''Arghhh'' Lian menjerit sakit
'Ehh mak ni kalau dah terkeluar suara tarzannya itu , sampai terjatuh katil aku dibuatnya' monolog Lian
''Lian dah bangun ke belum tu , dah lewat ni ! '' tanya Puan Ros
''Ye , Lian dah bangun lah ni mak , sekejap lagi siap lah ni mak'' kata Lian
''Hah , ya lah , cepat sikit Lian'' kata Puan Ros

Selepas 10 minit 

''Selamat pagi mak'' sapa Lian
''Assalamualaikum dan selamat pagi wahai puteri tidur'' balas Puan Ros
''Erghh , waalaikumsalam makku yang tersayang , terlupa pula puteri tidur yang comel ni nak bagi salam'' balas Lian sambil ketawa
''Amboi-amboi , sejak bila pula kamu tu comel hah , tak pernah perasan pun mak selama ni'' balas Puan Ros sambil tersenyum
''Emm , sampai hati bonda berkata sebegitu kepada anakanda yang comel lagi jelita ni'' kata Lian sambil membuat muka sedih
''Apa-apa saja lah kamu ni Lian oiii , dah pergi sekolah sana , lewat lagi baru taw'' kata Puan Ros
''Emm , ya lah mak ku sayang , Lian pergi dulu ye'' balas Lian
''Ye lah hati-hati naik basikal tu , jangan kayuh laju sangat ye'' pesan Puan Ros
''Baiklah mak , perintah bonda pasti akan ku laksanakan'' balas Lian sambil ketawa

Di depan pagar sekolah

'Alamak ! Hari-hari asyik muka mamat annoying ni je kat pagar , ni mesti nak denda aku lah ni , aish tak ada kerja lain betul lah dia ni ' bebel Lian seorang diri sambil menyorong basikalnya
''Hah tu apa yang dibebelkan sorang-sorang tu , dah lah datang lambat lepas tu bebel sorang-sorang . Apa pula alasan ko kali ni hah ?'' tanya mamat annoying
''Emm , tad...tad...tadi ....'' terhenti kata-kata Lian yang tergagap-gagap sebab disanggah oleh mamat annoying
''Sejak bila pula ko ni gagap hah , jawab lah betul-betul'' sanggah mamat annoying
''Tadi jalan sesak , tu yang lewat'' balas Lian sambil cuba nak lari kan diri dari mamat annoying tu
''Hah ! Nak lari ke mana tu cik Nur Farisya Aliana Tajuddin oii ?'' jerit mamat annoying
''Nak masuk kelas lah Encik Muhammad Amzar Akif Akhmal A.K.A mamat annoying . Tadi kata dah lewat kan kan'' balas
''Ehh apa ko panggil aku tadi ? aku macam tak berapa dengar lah'' tanya mamat annoying
'Alamak dia dengar ke aku panggil dia mamat annoying tadi , mati lah aku kali ni , tak boleh jadi ni' kata hati Lian
''Ehh aku panggil nama ko sendiri lah tadi , okay lah aku nak masuk kelas dulu , bye'' balas Lian berani sambil berlari ke kelasnya
''Ehh , ya ke ! weyh jangan lari aku belum bagi hukuman kat ko lagi lah'' jerit Akif kepada Lian yang sudah jauh ke depan

10 minit kemudian , semasa Lian di dalam kelasnya

'Assalamualaikum dan maaf kepada para pelajar serta guru-guru sekalian , di sini ada satu pengumuman khas untuk saudari Nur Farisya Aliana Tajuddin tingkatan empat amal. Diminta kepada saudari tersebut untuk berjumpa dengan saudara Muhammad Amzar Akif Akhmal di bilik disiplin pada waktu rehat . Harap maklum . Pengumuman tersebut membuatkan Lian berasa terlalu malu sebab namanya dipanggil secara umum ...

Pada waktu rehat di bilik disiplin

Lian jalan menuju ke bilik disiplin dengan perasaan yang sangat geram pada mamat annoying tu . .

Tuk..tuk..tuk

''Masuk'' kata Akif
Lian berjalan masuk ke dalam bilik disiplin dan berdiri di depan meja tempat Akif menyiapkan tugasannya dengan muka masamnya
''Ada apa panggil aku datang sini ? lain kali kalau nak panggil buat lah pengumuman yang lebih kuat lagi ya . Biar lagi jelas ya ketua pengawas yang dihormati'' kata Lian sambil menyindir pedas pada Akif 
''Amboi-amboi sedapnya menyindir orang ya . Saudari dah terlupa ke pada hukuman yang perlu saudari laksanakan?'' balas Akif sambil menyindir kembali sindiran Lian
'Alamak ! Ingatkan dia dah lupa terus pasal hukuman tu' kata hati Lian
''Emm , hukuman apa ya , serasa saya , saya tak ada melanggar peraturan sekolah'' balas Lian sambil membuat muka yang tidak bersalah langsung
''Laa , pelupa rupanya cik Farisya Aliana ni , barulah saya tahu'' sindir Akif lagi
''Emm ya lah , hukuman apa yang aku perlu laksanakan kali ni ? '' tanya Lian dengan muka pasrah untuk menjalani hukumannya
''Hah , bagus lah sedar diri atas kesalahan yang dilakukan ya . Hukuman ko kali ni cuci tandas sekolah pula '' balas Akif dengan gaya sombongnya
''Ye lah aku akan lakukan . Ini mesti kali terakhir aku akan kena denda dengan ko punya '' balas Lian dengan yakin dan ada sesuatu yang tersembunyi 
''Jangan harap aku percaya kat ko lah '' balas Akif dengan muka tak percayanya

Di dalam kelas Lian , selepas bertemu dengan Akif di bilik disiplin Lian diserbu oleh tiga teman rapatnya

'' Weyh ko dapat hukuman apa pula ni ? '' tanya Syidah
''Ko kena laksanakan hukuman apa pula kali ni ? '' tanya Zara
''Berat tak hukuman yang dia suruh ko laksanakan ? '' tanya Trisya

Sebenarnya Lian ada tiga teman rapat yang terdiri oleh Nurul Rasyidah Hj Samad , Izara Hanani Mohd Fuad dan yang terakhir Nor Batrisya Sakinah Assaluddin . Teman-teman Lian dah biasa dengan kelewatan Akif ke sekolah . Sebab itu tak payah ditanya sebenarnya sebab Lian kena jumpa Akif . Tak lain dan tak bukan mesti pasal hukuman . Dah banyak sangat hukuman yang dilakukan oleh Lian . Jadi Lian sendiri pun dah lali dengan hukuman tersebut ...

Kembali pada pertanyaan teman-teman Lian

''Ish ! Aku geram betul lah dengan si Akif tu , macam nak lenyek-lenyek je dia tu '' kata Lian dengan muka bengangnya
''Lian'' serentak ketiga-tiga temannya
''Amboi , dah lah serentak bagi soalan kat aku lepas itu serentak panggil aku pula ya . Sabar lah , dah lah aku tengah bengang tahap maksima ni'' balas Lian geram 
''Lah , kami cuma nak taw je , jangan lah marah-marah . Dah lah hari ni hari terakhir ko sekolah kat sini . Anggap sahaja lah itu kenangan ko dengan Akif'' kata Trisya dengan sayunya
''Ha'ah kan , ko ni tak sayang dengan kami ke , kami sedih ko nak pergi''  kata Zara sedih
''Dan aku agak kan , ko mesti tak bagi taw dia yang hari ni , hari terakhir ko sekolah sini kan . Betul tak ?'' tanya Syidah

Lian mula terasa sedih sebab terpaksa berpindah ke Johor sebab ayahnya dipindahkan ke sana . Lian terasa sudah terasa begitu seronok bersekolah di Pahang bersama-sama teman-temannya serta kehadiran Akif juga .

''Emm , apa lagi lah yang aku boleh cakapkan , kamu semua lah yang sentiasa faham isi hati aku . Semestinya aku sayang sangat-sangat pada kamu semua , sebab kita kan dah lama jadi teman rapat . Aku tak akan sesekali lupakan kamu semua okay . Dan semestinya , aku tak akan bagi taw pada dia hal ni , aku pun rasa sedih dan suka sebab dapat jauh daripada dia . Nanti kalau dia dah perasan ketiadaan aku dekat sekolah ni , kamu semua kirim salam aku pada dia taw'' kata Lain beserta nasihat pada teman-temannya

''Kami semua pun akan rindu kan ko sangat-sangat . Nanti kat sana , jangan lupa contact kami semua ye'' balas ketiga-tiga temannya

Waktu balik persekolahan , Lian melaksana kan hukumannya dengan bersungguh-sungguh kerana Lian terlalu sayang dengan sekolah yang bakal di tinggalkan selama empat tahun ini.Pada tahun ini Lian telah berada di tingkatan empat amal manakala Akif berada di tingkatan lima iman kerana Akif seorang pelajar yang sungguh pintar.

Selepas selesai melaksana kan hukumannya , Lian bertembung dengan Akif yang ingin berjalan ke stesen bas di depan sekolahnya . 

''Hah ! Dah siap ke cuci semua tandas tu sehingga bersih ?'' tanya Akif
''Emm , dah siap 100% dah , kalau ko tak percaya boleh lah ko pergi periksa'' balas Lian
''Ehh Lian , jangan lupa kami semua kat sini ye'' kata seorang budak lelaki yang sama kelas dengan Lian
''Hah ! Ya lah , kamu semua pun sama '' balas Lian
''Kenapa pula nak kena ingatkan kamu semua , dia kan memang ada dekat sekolah ni ?'' tanya Akif sedikit pelik pada budak lelaki tu
''Ehh , Lian kan ...'' kata-kata budak lelaki tu dipotong oleh Lian untuk menyembunyi kan rahsianya
''Tak ada apa-apa lah , dia ni saja je lah , ko ni , tu pun tak dapat tangkap apalah . Kata budak paling pandai'' balas Lian tersenyum pada budak lelaki tu sambil mengizipkan mulutnya . Menandakan bahawa dia suruh budak lelaki tu tutup mulutnya . Budak lelaki tu faham sambil mengangguk kan kepala . Kemudian budak lelaki tersebut pun beredar untuk memberi ruang kepada mereka berdua.
''Amboi-amboi , sedapnya ko mengata aku yang ada dekat sebelah ko ni ya . Aku ni bukan sebarangan orang taw'' balas Akif dengan poyonya
''Emm ya lah , okay lah , aku balik dulu ya . Selamat tinggal ketua pengawas poyo AKA mamat annyoing ''  kata Lian tergelak sambil berlaku ke kereta ayahnya
''Ehh , siap lah ko esok , aku denda ko teruk-teruk'' balas Akif geram

9 tahun kemudian

''Intan , bawa masuk fail projek genting highlands yang minggu lepas punya tu'' arah Lian pada setiausahanya melalui interkom

Lian sekarang sudah menjadi seorang yang berjaya , dia menjadi seorang pengurus di syarikat pak ciknya . Pak ciknya iaitu Dato Ahmad Ihsan , seorang usahawan yang terkenal di Malaysia .

''Baik cik Farisya'' balas intan

Nama rasmi Lian di syarikat pak ciknya ialah Farisya .

Tuk..tuk..tuk

''Masuk'' arah Farisya pada intan
''Baik cik . Ini fail yang cik Farisya minta tadi'' kata intan 
''Okay , terima kasih'' balas Farisya 
''Ada apa-apa lagi ke cik Farisya'' tanya Intan
''Dah tak ada apa-apa dah , awak boleh teruskan kerja awak'' arah Farisya
''Baik cik'' balas Intan sambil berlalu keluar daripada bilik bosnya

Pada waktu lunch hour

Tuk..tuk..tuk

''Masuk'' arah Farisya
''Baik'' balas Intan
''Ada apa Intan , saya tengah busy ni , awak pergi lah lunch dengan yang lain'' balas Farisya seakan tidak ingat sesuatu
''Cik Farisya kan ada lunch date dengan CEO syarikat AAA dekat restoran Indah Permata'' balas Intan mengingat kan kepada bosnya yang terlalu busy
''Alamak ! Terlupa pula saya , nasib baik awak ingatkan . Terlupa pula saya nak set dekat handphone saya . Ehh , awak cakap lunch date . Tak ada masa saya nak date-date ni . Hish awak ni saja je '' balas Farisya yang baru mengingati appoinmentnya

Di Restoran Indah Permata 
Farisya berjalan masuk ke tempat CEO syarikat AAA tersebut , bagi Farisya nama syarikat tersebut sangat pelik tapi sangat gah di dunia bisnes . Tapi kalau dah taw nama CEO nya , mesti dah taw sebab nama syarikat dia macam tu ...

''Assalamualaikum tuan'' Sapa Farisya pada tuan CEO tersebut
''Waalaikumsalam cik Farisya , sila kan duduk jangan malu-malu'' balas tuan CEO tersebut
''Emm , terima kasih . Maaf buat tuan Amzar menunggu lama ya'' balas Farisya
''Tak apa , saya tak kisah pun '' balas Amzar sambil memandang lama pada muka Farisya sehingga membuatkan Farisya tidak berapa selesa
'Ehh tuan CEO ni , kalau nak pandang tu agak-agak lah , aku cungkil keluar mata tu baru taw kata hati Farisya dengan geramnya
''Maaf lah , kalau buat awak rasa kurang selesa pula tadi ya . Saya rasa macam kenal dengan awak je'' kata Amzar 
''Hah ! Macam mana pula tuan Amzar boleh kenal saya , setahu saya ni baru first time kita bersua kan'' balas Farisya agak pelik sedikit
''Tak payah lah , nak bertuan-tuan sangat , panggil Amzar saja '' kata Amzar
''Baiklah , mari mulakan perbincangan kita ya'' balas Farisya agak kekok sedikit

Selepas selesai perbincangan dan makan tengah hari ...

''Okay , sekarang boleh lah kita berborak-borak ye'' kata Amzar
''Hah ! Emm nak borak apa ya ?'' tanya Farisya pula
''Dulu , lepas spm Farisya sambung belajar dekat mana ? '' tanya Amzar
''Emm , dulu dapat tawaran sambung belajar dekat Ausie'' balas Farisya tanpa sebarang rasa curiga
''Ohh , mesti budak pandai lah ni kan . Untungnya siapa yang akan dapat jadikan Farisya isteri dia nanti kan'' puji Amzar
''Biasa-biasa je . Memang untung pun , tak taw ke'' balas Farisya selamba
''Ehh Farisya dah kahwin ke ? Kahwin dengan siapa ? Bila kahwinnya ? Dah lama ke ?'' tanya Amzar sungguh-sungguh dengan kecewanya kerana gadis tersebut sudah dimiliki  
'Tadi panggil dia cik , okay je dia ni . Tak marah ke apa' kata hati Amzar dengan peliknya
''Amboii banyaknya soalan , semua kena jawab ke . Saya gurau je lah Amzar, saya tak kahwin lagi'' balas Farisya tersenyum dalam hati kerana rasa kelakar dengan soalan Amzar
''Ohh , terkejut saya dibuatnya'' kata Amzar dengan wajah gembiranya sambil dalam hati rasa lega gila , sebab gadis tersebut masih belum berpunya lagi
''Okay lah Amzar , saya nak kena balik pejabat semula ni . Banyak kerja saya kena buat , nanti tak siap-siap pula kalau asyik berborak je'' kata Farisya
''Hah ! Ya lah , saya pun nak kena balik pejabat juga ni . Semoga berjumpa lagi ya cik Farisya'' balas Amzar dengan wajah gembiranya
''Assalamualaikum'' kata Farisya
''Waalaikumsalam'' balas Amzar

Di pejabat Dato Ahmad Ihsan 

''Selamat pulang cik Farisya , best tak lunch date dengan tuan CEO ?'' tanya Intan sambil tersenyum
''Amboi-amboi banyak lah kamu punya best ya , saya meeting je dengan dia bukan dating . Intan bawa masuk fail dari syarikat Wangsa ya , jangan asyik nak kenakan orang je ya'' balas Farisya 
''Baik cik Farisya , saya tak kan kenakan orang dah , tapi saya akan usik orang je . Tak apa kan cik '' balas Intan sambil ketawa suka

Selepas seminggu , Farisya mendapat panggilan daripada maknya di kampung . Maknya memberitahu berita yang sangat mengejutkan ...

Kring..kring..kring

''Assalamualaikum mak ku yang tersayang'' sapa Farisya
''Waaalaikumsalam puteri tidur'' balas Puan Ros sambil tergelak
''Ehh , mak ni . Itu dulu lah , masa Lian budak-budak lagi . Sekarang ni Lian dah jadi puteri cinderella taw '' balas Farisya tergelak sakan
''Perasan betul kamu ni Lian . Nasib baik ada juga yang berkenan dengan kamu , kalau tak , tak kahwin lah kamu'' balas Puan Ros penuh makna
''Hah ! Sapa saja lah yang berkenan dengan anak mak yang comel ni . Bertuah betul lah kan '' balas Farisya tergelak tanpa syak 
''Kawan lama mak yang berkenan dengan kamu . Kamu tak kisah kan , boleh lah kamu kahwin dengan anaknya . Lagipun ayah kamu pun dah setuju dengan risikan tersebut''kata Puan Ros dengan sungguh-sungguh
''Apa mak !!! Ala mak ni , Lian muda lagi lah . Tak nak kahwin , tak nak '' balas Farisya sambil merengek pada Puan Ros
''Hah ! mak tak taw ya , ayah kamu dah setuju . Berani ke kamu nak bantah cakap ayah kamu ? '' tanya Puan Ros
''Ala , mak lah pujuk ayah tu . Tak berani Lian nak bantah , tapi kalau mak pujuk ayah mesti ayah turut kan '' balas Farisya sambil kelip-kelip kan matanya , seolah-olah maknya ada di depannya
''Tak kuasa mak , jadinya kamu pun kena lah terima ya . Lagipun kamu tu bukannya ada sesiapa pun kan'' kata Puan Ros yang sangat faham perangai anaknya yang kuat bekerja
''Emm , ya lah Lian pasrah , Lian pasrah mak '' balas Farisya dengan ayat yang di buat-buat sedih
''Amboi , pasrah bebenor ya . Okay lah , banyak lagi kerja yang mak kena buat . Daripada melayan puteri tidur ni , tak siap kerja nanti '' balas Puan Ros tergelak dengan sikap manja anaknya yang memang tidak dapat di hakis
''Ye lah mak , Lian puteri cinderella lah mak . Nanti hujung minggu Lian balik ya mak , mak dan ayah jaga diri dekat kampung tu ya . Mak kirim salam dekat ayah ya . Sayang mak dengan ayah , muah .. muah '' balas Farisya sedih 
''Baiklah anakku yang tersayang , kamu pun jaga diri juga . Okay lah , assalamualaikum'' kata Puan Ros
''Waalaikumsalam mak'' balas Farisya sayu
'Alamak macam mana ni , aku yang muda lagi ayu ni nak kena kahwin dah . Kalau aku edar kan kad jemputan kahwin aku dekat pejabat nanti , mesti kecoh satu pejabat . Habis lah aku , ehh aku ni mereka baru je merisik dah fikir sampai nak kahwin pula . Macam tak sabar je aku ni , pelik juga aku ni ye'' monolog Farisya seorang diri sambil terbayang akan majlis kahwinnya nanti ...

Betapa peliknya si Farisya ni , tadi masa berbual dengan maknya macam tak setuju je dengan keputusan ayahnya tu . Tapi boleh pula berangan majlis kahwinnya tu . Dah lah dia tak kenal anak dan kawan maknya tu tapi masih lagi teruja , ish .. ish .. ish 

Dua minggu sebelum hari pernikahan
Di pejabat Dato Ahmad Ihsan

''Intan , nah kad jemputan . Yang selebihnya , nanti tolong edar kan pada yang lain di pejabat ya '' arah Farisya pada Intan dengan selambanya
''Hah ! Weyh kamu semua cik Farisya dah nak kahwin lah . Wah , tahniah ya cik Farisya , tak sangka awal juga cik kahwin'' balas Intan dengan muka tak percaya nya
''Hah ! Ya ke wah , tahniah ya cik Farisya . Siapa lah yang dapat cair kan hati beku cik Farisya ni . mesti hebat orangnya kan'' kata pekerja syarikat tersebut
''Emm ya lah , hebat sangat . Dah pergi sambung kerja kamu semua , ni masa kerja lagi kan'' arah Farisya 
'Macam-macam lah mereka ni , tapi kan muka mereka ni macam tak percaya je . Pelik sangat ke kalau aku nak kahwin awal , teruk sangat ke aku ni ya ' kata hati Farisya sambil berlalu ke pejabatnya
''Intan masuk sekejap'' arah Farisya
''Baik cik Farisya '' balas Intan

Tuk..tuk..tuk

'' Masuk'' arah Farisya
''Baik'' balas Intan
''Saya nak tanya sikit ni'' kata Farisya  
''Nak tanya apa cik Farisya?'' tanya Intan
''Kenapa kamu semua macam tak percaya yang saya dah nak kahwin ya ?''tanya Farisya
''Emm , cik betul nak taw sangat ke ? '' tanya Intan 
''Tak ada lah nak taw sangat cuma saja nak taw je '' balas Farisya selamba
''Sebabnya , cik Farisya macam orang yang tak ada perasaan'' kata Intan
''Ye ke '' kata Farisya
''Ya lah , kalau ada bos baru yang muda dan handsome pun cik farisya tak cair . Tak ke pelik tu . Lagi kalau ada klien yang boleh dikira hot lah juga , cik Farisya macam tak kisah langsung'' balas Intan dengan bersungguh
''Ohh , sebab itu je ke '' kata Farisya
''Ha'ah lah '' balas Intan pelik dengan bosnya
''Okay lah , awak boleh sambung kerja awak'' arah Farisya
''Baiklah cik Farisya'' balas Intan


Pada hari pernikahan Farisya

''Acik , jangan lah mekap tebal-tebal sangat saya tak suka lah '' kata Farisya kepada acik andam tersebut
''Ya lah , ya lah . Dah banyak kali kamu cakap , naik jemu telinga acik dengar kata-kata kamu . Dah duduk diam je , biar acik siapkan tugas acik ni'' balas acik andam
''Baiklah acik'' balas Farisya buat-buat sedih

Sebenarnya , acik andam tu mak cik Farisya sendiri . Itu yang berani buat perangai macam itu , kalau dengan orang lain semestinya membisu ...

Tuk..tuk..tuk
  
''Hah Lian dah siap ke belum ? Pengantin lelakinya dah sampai , boleh turun sekarang kan ? '' tanya Puan Ros
''Dah siap dah ni mak . Boleh je turun sekarang , jomlah mak'' ajak Lian

Sambil berjalan turun , mata Farisya meliar ingin melihat bakal suaminya ...

'Emm , tengok daripada belakang macam boleh tahan je orang nya' kata hati Farisya

Dengan tenangnya Farisya duduk di tempat yang disediakan khas untuk dirinya . Dan upacara pun bermula ...

''Muhammad Amzar Akif Bin Akhmal , aku nikah kan di kau dengan anak  perempuan ku yang bernama Nur Farisya Aliana Binti Tajuddin dengan mas kahwinnya sepuluh ribu tujuh ratus sembilan puluh lapan'' kata ayah Farisya
''Aku terima nikahnya Nur Farisya Aliana Binti Tajudddin dengan mas kahwinnya sepuluh ribu tujuh ratus sembilan puluh lapan'' balas Amzar dengan lancarnya
'' Sah , sah '' kata para saksi

Semua orang bersyukur kerana hanya sekali lafaz sahaja ... 
Amzar mula berjalan berjalan ke arah Farisya untuk acara membatalkan wuduk dan sarung cincin ...

Amzar menghulur kan tangannya kepada Farisya dan Farisya menyambut salam suami yang baru sah tadi . Lepas itu , Amzar mencium dahi isteri yang baru sah tadi . Sambil itu Amzar berbisik sesuatu kepada farisya ...

''Saya dah lama cari awak Lian '' kata Amzar
''Hah!!! '' balas Farisya terpinga-pinga sebab masih lagi terkejut sebab suami yang baru sah tadi ialah tuan CEO . Patutlah nama tadi macam kenal je ...

Selepas itu , pasangan suami isteri tersebut mesra melayan tetamu yang hadir ke majlis nikahnya . Pada waktu itu , Farisya bertanya kepada Amzar ...

''Awak , kenal saya ke sebelum ini ? '' tanya Farisya kepada suaminya
''Malam nanti lah saya jawab ya'' balas Amzar sambil kedip mata pada isterinya

Pada waktu malam di rumah ibu bapa Farisya ...
Di dalam bilik pengantin yang dah dihias indah untuk kedua mempelai ...
Selepas pasangan suami isteri membersih kan diri mereka dan bersolat ...

''Sekarang , boleh awak jawab soalan saya ? '' tanya Farisya pada suaminya
''Tapi sebelum itu boleh awak tunaikan permintaan saya dan berjanji tak akan mengubahnya ? '' tanya Amzar pada Farisya pula
''Okay lah , saya akan tunaikan permintaan awak tu ya . Tapi apa permintaan awak tu ya ? '' tanya Farisya kembali
''Awak kena panggil saya 'abang' dan saya akan panggil awak 'Lian' , 
okay kan'' arah Amzar
''Okay , memandang kan kita dah sah . Jadi saya akan turut pada abang'' balas Farisya
''Bagus-bagus , okay sekarang abang akan bagi taw Lian'' kata suaminya
''Okay sila kan beritahu Lian '' balas Lian
''Lian memang dah tak ingat abang atau nama abang ke ? Sampai hati , sedih taw abang . Abang nak Lian ingat siapa abang dulu!! '' arah Amzar
'Pelik je suami aku ni , dah tak betul ke apa . Tetiba keluar mode sedih , pasrah saja lah dapat suami macam ni' kata hati Farisya
''Emm nama abang Muhammad Amzar Akif Akhmal . Ehh , macam kenal lah nama tu . Tapi dekat mana ya ? '' balas Lian sambil cuba mengingati
'Ehh , nama suami aku ni memang familiar sangat , tapi ... ' kata hati Farisya
''Tak ingat lagi lah tu . Lian ingat lagi tak dekat Syidah, Zara dan Trisya?'' tanya Amzar
''Ehh , itu kan nama teman rapat Lian , macam mana abang boleh taw ?'' tanya Lian pada suaminya dengan peliknya 
''Mesti lah abang taw , abang kan satu sekolah dengan Lian '' balas Amzar
''Emm , Muhammad Amzar Akif . Macam pernah kenal dengan nama Akif . Sekejap ya '' balas Farisya

Selepas lima minit

''Hah , mamat annoying'' kata Lian tetiba
''Aish , nama tak glamor tu juga yang diingatnya'' kata Akif dengan muka monyoknya
''Memang lah , dah abang tu senior yang paling annoying sekali . Suka sangat buli Lian , mesti Lian geram'' kata Lian
''Ala , geram-geram pun sayang juga kan '' balas Akif
''Ehh , mana ada . Perasan betul lah abang ni'' kata Lian tergelak
''Abang taw lah , teman rapat Lian yang bagi taw'' balas Akif

Imbas kembali 9 tahun lepas

Semasa Syidah , Zara dan Trisya hendak ke perpustakaan . Akif datang kepada mereka untuk bertanya ...

''Emm Syidah , hari ni Lian tak datang sekolah ke ?''
''Macam mana senior taw Lian tak datang hari ni ?'' tanya Zara kembali
''Biasanya dia kan datang lewat , tapi hari ni tak . Lepas itu , saya langsung tak nampak dia di mana-mana hari ni , tu yang saya agak'' balas Akif
''Sebenarnya Lian dah pindah ke Johor '' balas Trisya
''Hah ! Dah pindah ke Johor . Kenapa pula dia kena pindah ?'' tanya Akif
''Dia ikut ayah dia yang dipindah kan ke sana '' balas Syidah
''Ohh macam itu ya , patut lah semalam dia ucap selamat tinggal '' balas Akif sayu
''Dia sampaikan salam dia pada senior semalam dan dia anggap apa yang pernah jadi dekat sekolah ini sebagai sebuah kenangan yang indah '' balas Zara
''Ohh , macam tu ke . Terima kasih bagi taw ya '' kata Akif dengan sedih
''Sama-sama senior'' balas Trisya

Semenjak itu , Akif sudah tidak seceria dulu . Sebab dia rasa , terlalu sunyi tanpa Lian di sekolah kerana dia suka buli Lian . Sebenarnya , dalam diam Akif menyimpan hati dekat Lian , sebab itu dia suka tengok muka masam Lian . Oleh disebabkan itu , Akif nekad ingin mencari dan mengetahui perkembangan Lian . Melalui teman rapat Lian , Akif dapat berjumpa dengan Lian ... 
Kembali masa kini

''Ohh macam itu ke ceritanya'' kata Lian
''Dan sebenarnya ada lagi'' kata Akif
''Hah ! Ada lagi ? Apa , bagi lah taw '' balas Lian
''Sebenarnya abang yang rancang kerjasama syarikat kita tu , supaya kita boleh berjumpa . Kalau Lian nak taw , abang gembira sangat dapat jumpa dengan Lian semula taw '' kata Akif sambil memeluk bahu Lian dan Lian membiarkan saja kerana dah sah
''Tak dapat di duga betul lah abang ni . Jangan kata abang yang suruh mak abang merisik Lian sudah'' tanya Lian dengan wajah tak percaya
''Sebenarnya , betul lah apa yang Lian katakan tu '' balas Akif sambil tersengih-sengih macam budak-budak
''Ya Allah , abang ni kan . Kita kan baru je jumpa sekali '' kata Lian seakan tak percaya dengan perangai mamat annoying kesayangannya tu
''Disebabkan itu lah , abang tak sanggup nak jauh dari sayang abang ni . Sayang tak taw , abang menahan rindu selama 9 tahun taw . Tak kesian ke dekat abang yang sangat setia ni'' balas Akif dengan muka sedihnya
''Ye lah , kesian sangat dengan suami Lian ni kan'' balas Lian tergelak dengan gelagat manja suaminya . Dia seakan tak percaya bahawa di depan dia ni senior yang sangat annoying dulu
''Baiklah sayang , marilah kita tidur dengan bahagianya ya'' kata Akif  pada Lian sambil mengedip-gedipkan matanya
''Ye lah abang , segala perintahmu akanku turuti'' balas Lian

Dan malam tersebut berlalu dengan indahnya setelah segala rahsia telah terbongkar ...


SEKIAN ...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan