"Hani , oh Hani , Adryan dah sampai tu . Cepat lah sikit " panggil mak Hani
"Ya lah mak , Hani dah nak siap lah ni . Mak suruh lah , si Adryan tu sabar sikit tak boleh ke , asyik kena ikut dia je'' balas Hani
"Ish kamu ni , bersyukur lah sikit ada Adryan yang sanggup hantar budak degil macam kamu tu " kata maknya geram
"Ya lah , ya lah . Hani berterima kasih sangat-sangat dekat Adryan tu " balas Hani tak puas hati sebab maknya asyik lebihkan si mamat poyo tu je . Sambil itu , Hani turun tangga dengan pantasnya supaya maknya akan berhenti membebel ...
" Hah ! Macam tu lah bagus , kamu pun tahukan si Adryan tu baik budaknya . Bagus juga kalau dapat jadikan Adryan menantu" kata maknya tersenyum suka tetapi tidak pada Hani
'Ish , dah mula melalut dah mak aku ni . Siap nak jadikan menantu lagi , tapikan setahu aku , aku seorang je anak permpuan dalam keluarga . Aduh , aku juga yang kena dengan si mamat poyo yang tak betul tu. Tak ingin aku , aku dengan dia tu , dah lah ibarat anjing dengan kucing' kata hati Hani
" Ish kamu ni Hani , asal mak cakap pasal Adryan je mesti kamu termenung . Dah kenapa , kamu teringin bebenor pada Adryan tu ke . Kalau betul , itulah berita paling menggembirakan mak" kata mak Hani dengan muka terujanyaka
"Ehh mana ada mak , tak teringin Hani dengan dia tu . Tak berkenan langsung adalah" balas Hani
Pon..pon..pon
"Cik adik di dalam , tak nak pergi kolej ke . Kalau tak nak cakaplah awal-awal , banyak lagi kerja yang aku kena buat" kata Adryan dengan muka bengangnya . Ya lah kan , siapa je yang tak bengang . Dah nak dekat lima belas minit dia tunggu tapi tak muncul-muncul pun orang yang terpaksa dihantar setiap hari tu
" Ya , aku dah keluar lah ni , ko ni tak reti nak sabar ke . Bising betul lah ko ni , dan ingat ko sorang je ke yang banyak kerja" balas Hani yang tak pedulikan perasaan Adryan
"Weyh , agak-agak lah , aku nak cepat ni . Dah lah hari ni aku kena bentang hasil kerja aku tu . Ko taw tak betapa pentingnya hal macam tu untuk pelajar yang macam kita ni" kata Adryan dengan menahan amarahnya yang tengah membara . Sambil itu mereka berdua pun telah menuju ke kolej mereka
"Emm , sorry lah . Aku tak sengaja buat ko macam tu . Lain kali ko cakap lah dengan aku awal-awal , bolehlah aku siap awal" balas Hani sedikit serba salah kerana sudah menyusahkan Adryan
Setelah itu mereka berdua terdiam sehingga sampai ke kolej , walaupun sudah sampai di kolej mereka tetap tidak bersuara sepatah pun . Tetiba ...
"Nanti kalau nak balik , call je aku terus jangan mesej sebab aku takut aku tak perasan pula" kata Adryan tetiba untuk mengingatkan Hani
"Emm ya lah . Adryan aku minta maaf sekali lagi ya sebab dah menyusahkan ko tadi . Aku betul-betul tak sengaja taw" balas Hani sungguh-sungguh sebab dia memang rasa bersalah sangat-sangat dekat Adryan
"Tak apa lah , lagipun memang salah kita berdua pun . Dah lah , jom kita gerak ke kuliah kita nanti lambat pula" kata Adryan pada Hani setelah memaafkan kesalahan Hani tadi
"Ha'ah kan , kalau aku lambat masuk kuliah aku nanti . Aku salahkan ko " balas Hani dengan ceria kerana pergaduhan mereka tidak berlanjutan
"Aku dah faham sangat dengan ko ni , kalau salah ko sendiri pun , ko tetap akan salahkan aku juga kan . Dah terang lagi bersuluh yang ko ni dah bengong" kata Adryan sambil tergelak kuat
"Ish ko ni jom lah gerak ,berapa lama lagi nak terpacak dekat tepi kereta ko ni . Ko tak nampak ke yang mereka semua pandang kita senyum-senyum , macam kita ni pasangan kekasih pula" kata hani pula yang tak perasan Adryan jalan senyap-senyap nak tinggalkan Hani sorang-sorang dekat situ . Setelah Hani perasan akan perbuatan Adryan ...
"Hei Adryan berani ko tinggalkan aku sorang-sorang dekat sini ya . Siap lah ko nanti" jerit Hani geram
"HAHAHA padan muka ko" balas Adryan yang telah berlari meninggalkan Hani
Selepas itu , Hani dengan perasaan geram pada Adryan terus berlalu menuju ke bilik kuliahnya
Di kafeteria
"Hai Hani , Boleh saya join awak makan ? " tanya Riffan
Riffan ni boleh tergolong dalam kalangan budak-budak hot juga lah ...
"Emm , boleh je . Sila...." kata-kata Hani terhenti sebab tetiba pula ada yang menyibuk . Mesti korang boleh agakkan
"Ehh Hani , kenapa tak tunggu Ryan . Tadi kan Ryan suruh honey tunggu Ryan" sanggah Adryan tetiba
"Hai bro " ssapa Riffan dengan muka tak berapa suka
"Ehh Riffan rupanya , sorry lah aku nak makan dengan my honey lah . Boleh tak ko duduk tempat lain " balas Adryan dengan selamba badak dia
"Ehh , apa ni Adry.." kata-kata Hani di sanggah lagi
"Ish honey ni , kitakan nak dating berdua ni " kata Adryan dengan ngada-gadanya
"Emm tak apa lah bro , selamat menjamu selera ya Hani" kata Riffan sambil berlalu ke tempat kawan-kawannya
Selepas Riffan pergi , Hani memandang Adryan tajam
"Ko ni dah kenapa ?" tanya Hani dengan marahnya
"kenapa apa , aku cuma tak nak budak tu kacau ko je . Lagipun kan , mak ko kan suruh aku jaga ko . So aku tengah jalankan tugas aku lah tadi tu , tak salah kot" kata Adryan selambanya
"Ish ko ni , kacau ketenteraman aku je lah . Biarlah dia nak ngorat aku ke apa . Aku pun minat juga dekat Riffan tu" balas Hani sambil terbayangkan wajah Riffan
"Apa lah ko ni , buang karat je ko minat budak macam tu . Baik ko fokus belajar lagi bagus , siapa juga yang untung , diri sendiri juga yang untung kan " balas Adryan menunjukkan muka tak minat pada perbualan mereka
'Ada betul nya juga kan , lain pula dia hari ni . Macam pagi tadi juga' termenung Hani
BERSAMBUNG ...

Tiada ulasan:
Catat Ulasan